Tidak semua REMAJA sedar yang mungkin pakaian dalam mereka dicuci dengan menggunakan cara yang tidak betul. Tindakan membasuh pakaian dalam bersama pakaian yang lain boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan kamu.

 

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa seluar dan baju dalam mengandungi banyak bakteria yang tersembunyi.  Hal ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang telah dijalankan oleh profesor mikrobiologi di University Of Arizona, Dr. Charles Gerba menemukan bahawa campuran pelbagai jenis pakaian dalam pada satu bekas yang sama akan menyebabkan wujudnya 100 juta bakteria E-Coli dan Staphylococcus Aureus di dalam air.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.618028.1485407675!/image/image.jpg

 

Jom kita semak empat kesalahan yang sering dilakukan semasa mencuci pakaian dalam.

 

1.    Mencuci menggunakan air sejuk

Suhu air di dalam mesin basuh yang biasa digunakan adalah sekitar 15 darjah Celsius. Namun begitu, untuk mencuci pakaian dalam, air panas yang bersuhu 40 darjah Celsius. Mencuci pakaian dalam secara berasingan dalam air panas dapat mencegah kewujudan bakteria.

 

2.    Di campur dengan kain lap dapur

Elakkan mencampurkan pakaian dalam dengan kain lap dapur atau bahan-bahan kain yang digunakan untuk membersihkan kawasan dapur. Jika tidak, basuhan kamu turut berisiko untuk terkena jangkitan kuman dan akan masuk ke dalam tubuh melalui makanan yang kamu hidangkan.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.618036.1485408424!/image/image.png

 

3.    Menggunakan bahan pencuci berkimia tinggi

Semak terlebih dahulu bahan pencuci yang ingin dibeli dengan memastikan kandungan kimia yang rendah bagi mengelakkan jangkitan kuman. Lebih baik jika kamu menggunakan pencuci yang mengandungi bahan peluntur.

 

4.    Menggunakan bahan pencuci berbentuk cecair

Bahan ini tidak mengandungi agen peluntur untuk membersihkan pakaian dalam kamu dengan baik. Sebaiknya, gunakan bahan pencuci dalam bentuk serbuk kerana ia lebih berkesan untuk membunuh bakteria.

 

Sumber: rona.metrotvnews.com