Tak ramai wanita yang tahu tentang cawan menstrual yang menjadi salah satu kaedah lain untuk digunakan semasa datang haid.

 

Cawan menstrual ini berbentuk seperti cawan kecil yang diperbuat daripada silikon dan tidak seperti tuala wanita yang sejenis pakai buang, bahan ini mampu digunakan sehingga 10 tahun. Caranya hanya perlu dicuci selepas digunakan . Mudah bukan? Tak perlu nak keluar duit tiap-tiap bulan untuk membeli tuala wanita.

 

 

Namun, tidak semua wanita berani untuk memakai cawan menstrual ini kerana ia dipakai di dalam vagina.  Apabila dipakai, ia akan terbuka seperti bentuk asal. Mungkin agak sukar bagi mereka yang belum pernah mencubanya tetapi apabila anda sudah mula terbiasa, semuanya hanya semudah ABC.

 

Selain itu, terdapat beberapa perkara juga yang anda akan rasakan bila memakai cawan menstrual ini, antaranya adalah seperti:

 

1.    Keselesaan yang maksima membuatkan anda kadang terlupa sedang datang haid.

 

2.    Dapat menjimatkan wang kerana ia boleh digunakan selama bertahun-tahun.

 

3.    Tak perlu lagi berahsia atau berbisik-bisik kepada kawan anda untuk bertanya kan tentang “Ada pad ke tak?”

 

 

4.    Tidak lagi perlu ke kedai dengan kerap untuk membeli tuala wanita.

 

5.    Baik untuk alam sekitar kerana tidak perlu dibuang setelah digunakan.

 

Girls, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun, rajinkan diri untuk membuat research tentang kebaikan atau keburukan sesuatu produk ini.

 

Dah terlalu lama menggunakan tuala wanita ketika datang haid, apa kata sesekali cuba benda baru yang tak pernah kita guna kan?

 

Sumber: familyshare.com