Oleh kerana taksub sangat nak nampak ramping dengan ilusi tinggi lampai, ramai anak gadis yang memilih untuk menggayakan skinny jeans. Malah, trend ini juga seakan berjangkit kepada kaum lelaki kerana ada juga segelintir daripada mereka yang turut menggayakan fesyen seluar ketat ini.

 

Namun begitu, sedar tak sedar gaya pemakaian seluar ketat ini boleh mengundang kesan negatif pada tubuh badan jika dipakai secara berterusan.

 

 

Berikut merupakan kesan-kesan bahaya yang patut korang ambil kira sebelum terus menerus menggayakan skinny jeans.

 

1.    Wanita yang kerap memakai skinny jeans cenderung untuk mengalami risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang. Hal ini dijelaskan oleh Ketua Unit Fisioterapi, Zunaidah Abu Samah dalam memberi pencerahan terhadap isu ini.

 

 

2.    Menurut pakar ginekologi Tami Rowen pula, memakai seluar ketat dapat menyebabkan kemaluan terdedah kepada risiko jangkitan akibat luka daripada pergeseran kasar di antara seluar dan kulit.

 

3.    Akibat tekanan tinggi yang berlaku pada saraf pelvis, ia dapat membuatkan seseorang individu itu kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, menjadi sensitif apabila disentuh dan berasa tidak selesa pada bahagian celah paha.

 

 

4.    Pemakaian yang ketat mampu mendatangkan rangkaian masalah tulang dan otot yang serius.

 

5.    Dalam kesan jangka panjangnya pula, hal ini dapat menyebabkan paha dan kaki kebas dan penyakit ini dikenali sebagai meralgia paresthetica.

 

 

Ha, bila dah tahu kesan-kesan negatif pemakaian seluar ketat ni, masih ada lagi yang berani nak pakai tak?

 

 

Sumber: cari.com.my