Selain daripada mendapatkan rawatan muka yang kerap dan teratur, cara yang paling mudah untuk mendapatkan kulit wajah berseri dan mulus persis bintang Korea adalah dengan menampar wajah kamu sebanyak 50 kali. Ha, tak percaya?

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.620450.1485835503!/image/image.jpg

 

Kecantikan wanita Korea sering dicemburui oleh masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang obses dengan fenomena K-Pop. Walaupun ramai yang sudah sedia maklum akan kecantikan mereka diperoleh melalui pembedahan plastik, tetapi masih ramai yang memuja dan menyimpan hasrat ingin memiliki kulit mulus seperti mereka.

 

Namun begitu, mereka juga ada menggunakan kaedah yang agak ekstrem untuk mendapatkan wajah yang sempurna dengan menampar wajah sebanyak 50 kali bagi tujuan melancarkan peredaran darah.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.620446.1485835391!/image/image.gif

 

Kaedah ini adalah antara teknik kecantikan yang popular di sana dan mereka juga sanggup menahan rasa sakit itu. Peredaran darah yang lancar dan baik dapat menjadikan tona warna kulit lebih sekata dan cantik.

 

Kalau di Malaysia agak-agaknya ada ke yang sanggup untuk melakukan kaedah seperti ini? Berpinar juga kepala kalau ditampar sebanyak 50 kali. Tapi bak kata pepatah Inggeris, beauty is pain. Apa sahaja untuk cantik pasti ramai yang sanggup lakukannya.

 

 

Sumber: womenfitness.net