Dengar sahaja perkataan penceraian pasti ada yang sudah berasa gerun. Maklumlah, siapa yang suka kepada penceraian. Bahtera kebahagiaan yang dibina selama ini seakan hancur lebur dek kerana konflik di antara suami isteri. Namun, untuk kebaikan bersama, mungkin ini sahaja cara yang ada.

 

Tidak hanya kepada pasangan yang sudah berkahwin, REMAJA pasti ada di antara kamu yang belum berkahwin juga tidak gemar jika ditanya soal ini. Seakan fobia melihat kepincangan rumah tangga orang lain, ada juga si bujang yang takut untuk mendirikan rumah tangga dek kerana hal-hal penceraian ini.

 

Berdasarkan kajian di Institute of Family Studies, pasangan suami isteri yang bernikah pada usia 28 tahun dan sebelum 32 tahun dikatakan lebih menikmati kehidupan yang bahagia dan harmoni di dalam rumah tangga.

 

Menurut kajian, pernikahan di usia muda berpotensi untuk karam dan akhirnya berlaku penceraian. Situasi ini juga berlaku pada pasangan suami isteri yang bernikah pada usia lewat 32 tahun.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.621311.1485940567!/image/image.jpg

 

Kajian di University of Washington Sociologist pula melaporkan bahawa masalah penceraian paling banyak berlaku di antara pada bulan Mac dan Ogos. Informasi ini diperoleh berdasarkan kajian yang dibuat sekitar tahun 2001 hingga 2005.

 

Alasan utama penceraian yang berlaku pada bulan Ogos adalah kerana pasangan suami isteri ingin mempersiapkan mental anak-anak dengan perubahan besar yang bakal berlaku, iaitu penceraian, sebelum mereka mula memasuki alam persekolahan.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.621323.1485941595!/image/image.jpg

 

Bulan Ogos juga dilihat sebagai tempoh masa untuk suami isteri meraikan percutian terakhir untuk anak-anak sebelum berlakunya penceraian.

 

Walau bagaimanapun, jodoh pertemuan, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Tidak perlu takut dengan hasil kajian yang telah dibuat ini kerana sesungguhnya, semua yang berlaku adalah dengan kuasa Allah.

 

 

Sumber: kompas.com