Dilema mulut berbau bukan satu masalah baru yang kita perlu hadapi. Tambahan pula jika mempunyai teman rapat yang berhadapan dengan  masalah mulut berbau ini. Macam mana agaknya kamu mahu menegur dia agar tidak tersinggung?

 

Kalau cakap direct nanti sentap pula. Kalau tak cakap, kamu sendiri yang tidak tahan nak menanggung ‘azab’ bauan itu. Jangan risau. Jom REMAJA kongsi kan lima cara yang boleh kamu lakukan untuk membantu teman rapat yang mempunyai nafas berbau.

 

Secara tidak langsung, kamu juga boleh mempraktikkan cara ini untuk sentiasa mengekalkan kesegaran nafas.

 

 

1.    Berkongsi cerita mengenai menggosok gigi dan lidah

Amalan menggosok gigi dan lidah ini dapat membantu menghilangkan punca nafas berbau. Jangan hanya gigi, lidah juga harus dibersihkan. Apa yang perlu kamu buat adalah dengan bercerita bagaimana kebaikan dan cara memberus gigi dengan betul. Buat-buat la topik perbualan tu secara santai supaya teman kamu tadi tidak terasa hati. Hehe.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.621132.1485927616!/image/image.gif

 

2.    Teh hijau

Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan. Hadiahkan teman kamu dengan sepaket teh hijau. Beritahu kepada dia, teh hijau juga bagus untuk menurunkan berat badan jika diamalkan selalu. Atau, buatkan secawan teh hijau untuk dia pada setiap pagi.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.621135.1485927987!/image/image.gif

 

3.    Ubat kumur

Selain itu, ubat kumur juga dilihat sebagai salah satu pilihan yang tepat untuk kamu berikan pada teman tersebut. Selepas memberus gigi, hulurkan ubat kumur untuknya. Kot-kot la kan kalau dah gosok gigi pun masih berbau. Ubat kumur ini antara alternatif lain yang boleh dicuba.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.621136.1485928051!/image/image.gif

 

4.    Kurangkan makan manis

Ha cara ini mungkin agak sukar tetapi tak salah kalau kamu cuba. Jika kamu ternampak teman kamu itu gemar makan makanan yang manis, nasihatkan dia agar tidak selalu mengambil makanan bergula seperti itu lagi. Makanan bergula akan cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan. Jadi, pandai-pandai kamulah untuk membuat helah kepadanya dengan mengatakan bahawa makanan manis itu punca kegemukan. Haha!

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.621137.1485928131!/image/image.gif

 

5.    Air mineral

Minum air mineral secukupnya dapat meningkatkan produksi air liur dan kebersihan mulut agar kekal terjaga. Macam biasa, selalu hulurkan kepada teman kamu itu dengan air mineral untuk dijadikan minuman harian. Jika tidak, hadiahkan dia sekotak air mineral. Mesti dia happy kan? Hehe.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.621139.1485928227!/image/image.gif

 

Sumber: hanasuva.com