Masalah yang sering di hadapi oleh para gadis terutamanya di Malaysia adalah mempunyai saiz pinggul yang besar  dan lebar. Ada sesetengah gadis menjadi tidak yakin dengan penampilan diri hanya di sebabkan masalah yang klise ini.

 

Namun sebenarnya semua ini boleh di tanggani jika kamu mengikut panduan berfesyen seperti apa yang REMAJA telah kongsikan. Jadi, jom sama-sama kita sebarkan tip ini pada kawan-kawan yang lain agar mereka juga boleh lebih yakin dengan diri dan selesa bergaya seperti apa yang mereka mahukan.

 

-          PADANAN WARNA TERANG DAN GELAP

Padankan baju bewarna cerah dan seluar atau skirt bewarna gelap. Teknik ini akan menyembunyikan segala kelemahan kamu dan membuatkan ukuran pinggang ke bawah kelihatan lebih kecil dan tidak terlalu melebar.

 

-          JAKET DI BAWAH PINGGUL

Untuk menyembunyikan pinggul kamu yang bersaiz besar, apa kata pakailah jacket atau kardigan yang labuh dan menutup bahagian pinggul kamu. Jadi, tidak lah mata orang ramai asyik tertumpu di bahagian itu sahaja kan ?

 

-          POWER OF AKSESORI

Alihkan perhatian ramai dengan gabungan aksesori yang sarat di dada atau tangan. Biarkan teknik ini mengelirukan orang ramai hingga menyebabkan merek tidak sedar akan kelemahan yang ada di kawasan badan kamu.

 

-          PAKAI MOTIF BERCETAK  

Sembunyikan saiz pinggul kamu dengan seluar atau skirt yang mempunyai motif cetakan. Sebaiknya pilihlah corak motif yang kecil dan sarat. Sekurang-kurangnya orang menyangka pinggul kamu kelihatan besar di sebabkan corak bukannya saiz sebenar.