Escada Agua Del Sol mengingatkan kamu tentang musim panas yang menyeronokkan dan membolehkan kamu sentiasa kekal segar dan harum walaupun berada di bawah sinaran matahari. Dengan menandakan penjemaannya yang ke 24, wangian ESCADA yang dahulu pernah popular pada musim panas kini tampil dengan berwajah baharu yang dikenali sebagai koleksi yang di nanti-nantikan oleh pengguna setianya setiap tahun.

Sejak tahun 1993 wangian daripada Escada sudah popular dan memberi semangat kepada pengguna setia dengan keseronokkkan dan tahan lama tidak kira waktu dan tempat kamu berada. Kali ini Escada Agua Del Sol memberi aroma yang bertenaga yang disertakan bersama buah granita untuk kamu menikmati kesenangan apabila menjalani rutin harian.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/26042016/ESCADA%20Agua%20del%20Sol/escada.jpg


Dengan wangian yang menggoda serta campuran buah-buahan yang menyegarkan seperti buah Granita, Pear, Nashi dan raspberry ais sorbet, yang mempunyai zat buah-buahan sitrus Itali dan sentuhan tenaga daripada lada merah jambu.

Ia menjadikan aroma wangian lebih ketagih apabila campuran krim keemasan madu yang terletak di hati aprikot bagi meningkatkan kelopak dan menambahkan buah-buahan koktel yang lazat dengan gaya yang feminin. Keghairahan dapat dirasai dari nota asas campuran kacang Tonka, Gaharu dan krim putih kasturi. Turut digabungkan madu aprikot sebagai penyeri kulit apabila terdedah dengan sinaran matahari.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/26042016/ESCADA%20Agua%20del%20Sol/escadaaa.jpg


Tenaga dan kehangatan Escada Agua Del Sol terpancar apabila direka dalam edisi terhad yang baru dan ilustrasi. Tahun ini, bentuk botol klasik ini direka untuk menunjukkan keindahan laut biru dan sinaran kekuningan matahari yang sempurna yang terdapat di sepanjang garis pantai antarabangsa.

Dari segi ilustrasi pula, ia di bentuk dalam pembukusan yang sangat cantik, tampak bertenaga dan mendapat inspirasi daripada fesyen ilustrator terkenal Anja Kroencke yang memberi aroma dan kenangan musim panas. Bahagian luar bungkusan pula membawa konsep keindahan dan kesenangan di dunia ini, dengan menggunakan wangian daripada Escada ia memberi pengguna terutama wanita untuk merasa keindahan apabilan berjemur di sinaran matahari serta merasa keindahan suasana yang terang, bunga tropika dan laut biru.