Golongan wanita tidak lekang dengan kecantikan terutama dalam penjagaan bentuk badan, kulit, kuku, rambut dan sebagainya. Kuku merupakan elemen penting dalam rutin kecantikan wanita.

Jika kuku itu kotor atau tidak dijaga pasti akan menunjukkan personaliti seseorang itu sama ada mereka pembersih atau tidak. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat mengasah dan mendandan kuku kaki dan tangan adalah tugas yang agak membosankan. Terdapat juga pusat terapi untuk penjagaan kuku kaki dan tangan tetapi tidak mungkin untuk kamu kerap ke sana yang memakan kos sehingga beratus ringgit mengikut kekerapan kamu pergi terapi.

Daripada membeli atau melanggan pakej penjagaan kuku kaki dan tangan, Scholl menawarkan cara yang terbaru dan cepat untuk kamu mendapatkan kuku yang sihat dan bersinar secara semula jadi dalam hanya 3 langkah dengan Velvet Smooth Electronic Nail Care System.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/25042016/Scholl%20Velvet%20Smooth%20Nail%20Care/Scholl%20Velvet%20Smooth%20Electronic%20Nail%20Care%20System_Pack%20Shot.jpg


Scholl sedar bahawa para wanita mahu kelihatan cantik, maka dengan produk terbaru ini (Scholl Velvet Smooth) para wanita dapat memperoleh kuku yang cantik, licin dan berkilat dalam masa beberapa minit sahaja. Kamu akan menemui hasil seperti di salon kuku tanpa perlu membuang masa dan wang ringgit.

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System ini direka dalam bentuk yang kecil, bergaya dan mudah dibawa dengan reka bentuk ergonomik yang muat pada tangan kamu sahaja.

Ia sesuai digunakan untuk kuku tangan dan kaki. Pen elektronik ini juga muat diletakkan di dalam beg tangan kecil agar kamu dapat mengekalkan kuku dalam keadaan sempurna sepanjang hari, tidak kira di mana kamu berada.

Dengan bekalan kuasa satu biji bateri bersaiz AA, bahagian kepala yang berayun serta dibekalkan dengan tiga jenis kepala yang boleh diklik masuk dengan mudah.

Terdapat dua pilihan kelajuan yang berbeza begi mengawal optimum dan hasil yang diingini. Hanya tiga (3) langkah mudah kamu perlu ikuti apabila menggunakan pen ini.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/25042016/Scholl%20Velvet%20Smooth%20Nail%20Care/111111.jpg


Langkah 1: Mengasah

Asah dan bentuk hujung kuku mengikut bentuk yang dikehendaki. Mengasah membantu mencegah kerosakan kuku seperti yang disyorkan oleh pakar-pakar kuku. Ini terutamanya penting untuk kuku kaki, yang lebih tebal dan lebih keras, menjadikan kuku lebih sukar untuk dipotong dengan betul.

TipScholl:Asah kuku kaki dalam bentuk lurus untuk mencegah kuku tumbuh ke dalam.

Langkah 2: Menggosok

Gosok perlahan-lahan permukaan kuku untuk melicinkannya. Gunakan hujung yang tirus untuk mencapai sudut sepajang bahagian tapak kuku. Pastikan anda tidak menggosok setiap kuku lebih daripada 15 saat setiap dua minggu untuk mengelakkan kuku menjadi terlalu nipis. Jika kuku anda secara semula jadi nipis, menggunakan tetapan atau kelajuan yang paling rendah.

Langkah 3: Menggilap

Gilap permukaan kuku sehingga kesan berkilat yang dikehendaki dicapai. Ulangi langkah ini seperti yang diperlukan untuk mengekalkan kesan berkilat, walaupun tanpa penggunaan pengilat kuku yang jernih. Untuk lebih bersinar secara sekata, gunakelajuan yang lebih cepat dan bermula dari setiap sisi kuku, bergerak ke arah pusat. Bahagiankepala yang tirus membolehkan anda dengan mudah pergi ke tempat-tempat yang sukar dicapai seperti sudut dalaman kuku.

Penjagaan kuku kamu tidak akan lengkap tanpa Scholl Velvet Smooth Nail Care Oil yang melembapkan dan merapikan kuku kamu untuk kelihatan lebih berkilat dan sihat.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/25042016/Scholl%20Velvet%20Smooth%20Nail%20Care/Scholl%20Velvet%20Smooth%20Nail%20Care%20Oil_Pack%20shot%20(2).jpg


Minyak penjagaan kuku ini dirumus khas dengan Vitamin E, Omega 3 dan 7 Complex Oil berkhasiat yang menggabungkan ciri berkhasiat Minyak Biji Bunga Matahari, Minyak Badam Manis, Minyak Biji Rami, Minyak Biji Aprikot, Minyak Avokado, Minyak Argan dan Minyak Shea.

Berus aplikasi menghalang titisan dan tumpahan, dan membolehkan anda mengawal jumlah tepat yang diperlukan.