Untuk melakukan kebaikan adalah tidak susah dan ia sama sahaja seperti melakukan kejahatan. Kedua-duanya amat mudah untuk kita lakukan, cuma ia terpulang kepada diri kita sendiri sama ada mahu atau tidak.

Sebagai negara yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalin perpaduan yang kuat dan bekerjasama antara satu sama lain agar kita semua dapat hidup di negara tercinta dengan aman dan sejahtera.

Kisah seorang pemuda yang bernama Jamalee Bashah ini telah menjadi viral apabila beliau melakukan sesuatu yang kita sendiri susah lihat di depan mata. Ia mendapat perhatian seluruh netizen tidak kira melayu, cina, india dan lain-lain.

Jom kita baca perkongsian beliau tersebut. Apa pun, syabas anak muda kerana telah menunjukkan satu contoh yang harus kita ikuti. Harap lebih ramai lagi orang seperti ini berada di kalangan kita.

Saya rasa saya memang berjodoh dengan nenek ni..

Ini Aunty Wong.

Saya pernah tulis mengenai beliau awal tahun ni. Masa pertama kali berjumpa, Aunty Wong sedang kesesakan nafas di kaki lima.

Kebetulan saya juga ada asma. Saya bagi Aunty Wong pakai inhaler saya dan kemudian hantar beliau ke farmasi.

Kali kedua masa tu tengah makan. Jemput Aunty, beliau tak mau. Beliau cuma nak bungkus.
Pagi ni lagi sekali jumpa beliau.

Aunty Wong nak balik rumah tapi bas tak ada dan beliau tak cukup wang untuk naik teksi. Saya tawar diri untuk hantar balik tapi masalahnya saya bawak 4WD. Tinggi.. beliau pulak kaki dah tak kuat sebab pinggul masuk besi..

Saya mintak kebenaran untuk dukung dan naikkan. Beliau bagi. Taklah berat mana pun orang tua ni..
Ini pertama kali hantar Aunty Wong balik..

Ya Allah jauhnya rumah dia..

Ermm.. taklah jauh mana sebenarnya, dalam 2km je. Tapi untuk seorang tua yang bertongkat dan ke mana-mana hanya berjalan kaki, 2km ni macam gunung tau..

Saya kongsi cerita ni nak mengajak rakan-rakan untuk sentiasa ringankan mulut bertanya jika ada ternampak mereka yang memerlukan..

Kita akan tahu dari body language dan riak wajah mereka. Terutamanya mata mereka.

Kita hidup dalam komuniti.

Dan komuniti adalah keluarga kita.

Perlu ambil berat antara satu sama lain.

Dalam Islam, mengambil berat perihal jiran adalah amat dituntut.

Selamat beramal..

-------

*Aunty Wong dalam gambor je nampak garang. Tapi kalau jumpa berdepan, beliau seorang yang sangat suka berborak..