Kamu masih ingat tak cita-cita kamu pada waktu kecik dulu? Apa yang kamu ingin buat atau jadi? Adakah ia tercapai atau terkubur begitu sahaja?

Tidak ramai yang dapat merealisasikan impian atau cita-cita pada waktu kecil kerana pada waktu itu kita masih tidak matang. Kebanyakkan cita-cita hanya mengikut peredaran masa atau apa yang kita nampak.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10062016/Pemuda%20Capai%20Cita-cita%20kanak2/1.jpg


Tetapi di China, seorang warga tempatan disini telah berjaya merealisasikan impiannya pada waktu kecil apabila berjaya menerbangkan sebuah helikopter ciptaannya sendiri.

Lebih menarik lagi, helikopter ciptaannya itu boleh terbang selaju 200 km sejam dan sejauh 400 km. Dengar seperti tidak masuk akal bukan tetapi ia adalah benar terjadi di Hengshui, China.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10062016/Pemuda%20Capai%20Cita-cita%20kanak2/2.jpg


Pemuda tersebut adalah Xie Baogang berusia 31 tahun menyatakan bahawa sejak kecil lagi beliau telah berminat dengan dunia penerbangan dan cita-citanya adalah untuk menjadi juruterbang.

Tambahan pula, Baogang merupakan usahawan pintu dan tingkap dan beliau masih tidak melupakan cita-citanya pada waktu kecil.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10062016/Pemuda%20Capai%20Cita-cita%20kanak2/3.jpg


Selepas beberapa tahun berlalu, Baogang telah mengambil keputusan untuk meninggal dunia perniagaannya dan menumpukan pada cita-cita sebenarna itu.

Ciptaan helikopter pertamanya adalah pada tahun 2009, tetapi pada ketika itu beliau tidak dapat menerbangkan helikopter tersebut kerana kekurangan pengalaman tentang pesawat tersebut.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10062016/Pemuda%20Capai%20Cita-cita%20kanak2/4.jpg


Namun, beliau tidak berputus asa apabila mengeluarkan lapan prototaip helikopter sebelum mencipta helikopter yang boleh terbang dengan selamat.

Akhirnya, beliau rasa sangat gembira apabila cita-citanya untuk menjadi juruterbang telah tercapat dan lebih menarik lagi beliau sendiri menerbangkan helikopter cipataannya itu sendiri. Tahniah Baogang!