Kalau sudah minat, buat apa sahaja pasti akan berjaya tidak kira dimana dan apa yang dilakukan ketika itu.

Selepas kemenangan demi kemenangan, sejarah demi sejarah telah dilakar, kali ini seorang lagi remaja berasal dari tanah air telah mencipta nama di luar negara.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/Menari%20di%20New%20Yok/1.jpg


Beliau merupakan seorang seorang pelajar di Universiti New York, Fairul Zahid, 28 tahun telah menjadi salah seorang pelajar terbaik dalam bidang seni tari di Universiti tersebut.

Walaupun dibesarkan dalam keadaan sederhana di Johor dan ditambah pula dengan ketiadaan ibu tercinta, ia tidak menghalan beliau untuk terus mendalami seni tari di luar negara.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/Menari%20di%20New%20Yok/2.jpg


Fairul telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama bangsa lain di dunia apabila memperoleh gred kumulatif 3.89 di Universiti tersebut.

Menurut beliau, bukan mudah untuk mencapai kejayaan seperti ini jika kalau bukan atas semangat yang kental dan rajin berusaha dalam apa yang dilakukan, akhirnya beliau berjaya mendapat keputusan cemerlang.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/Menari%20di%20New%20Yok/3.jpg


"Saya sentiasa ingat pesan arwah ibu saya Maskiah Jahari dan ayah Mohd Zahid Sahri bahawa dalam dunia ini apa yang penting kita kena berusaha, Tuhan tidak akan memberi apa yang kita nak, tetapi Tuhan akan beri apa yang kita perlu.

"Saya telah berjaya menghasilkan beberapa koreografi dan baru-baru ini saya telah membuat satu produksi tari kontemporari di bawah Asia Duo Dance company dengan usaha sama daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan  (Aswara) Dance Company," katanya.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/Menari%20di%20New%20Yok/4.jpg


Menurut Fairul, pelbagai cabaran dan halangan yang ditempuhnya sebelum berjaya merealisasikan matlamat itu.

"Tidak ramai yang ingin menaja kami. namun itu bukan halangan. Melalui hasil simpanan selama dua tahun termasuk sumber kewangan yang diberikan melalui Sime Darby Scholarship,dapatlah saya laksanakan produksi ini.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/Menari%20di%20New%20Yok/5.jpg


"Masih segar dalam ingatan dimana saya dan rakan terpaksa pergi mencari botol dan tin kosong untuk menambah pendapatan untuk menghasilkan produksi ini. Ternyata Alhamdulilah berhasil walaupun sedikit tetapi membantu unutk memberi makan dan minum kepada semua yang terlibat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar lebih ramai lagi anak Melayu yang boleh mencipta nama di luar sana, agar ia boleh memberi inspirasi kepada anak bangsa yang lain di Malaysia.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/Menari%20di%20New%20Yok/6.jpg


"Dalam kejayaan saya melalui aspek pelajaran, apa yang saya boleh kongsikan adalah,saya selalu mengamalkan sikap tolong-menolong antara rakan.

"Belajar dalam kumpulan dan sentiasa murah dengan menghulur bantuan jika orang memerlukan pertolongan. kadang kala ada juga sedikit sebanyak saya hampir putus asa kerana subjek yang begitu sukar bagi saya laksanakan, namun saya sentiasa berdoa supaya saya terus kuat dan istiqamah dengan apa yang saya lakukan itu dalam kejayaan ini," katanya.

"Saya dedikasikan kejayaan ini kepada ibu saya. Saya nak sangat bantu keluarga dan saya tahu ianya ambil masa yang lama. Sebak didada ini bila terkenangkan arwah ibu yang terlantar sakit dahulu...namun bagi saya  kejayaan ini dapat membantu mereka serba sedikit.

"Satu hari nanti insya-ALLAH saya akan bawa kejayaan ini untuk mereka," katanya.