Salam dan hai...

Saya nak minta pendapat korang. Saya bakal menamatkan Latihan Industri di sebuah syarikat swasta dan majikan sekarang telah menawarkan jawatan tetap kepada saya. Masalahnya, pengajian saya (ijazah) masih ada satu semester lagi. Untuk pengetahuan, syarikat ni sedia ambil saya dengan kelayakan diploma.

Adakah wajar kalau saya tangguh pengajian atau tukar kepada PJJ dan terima kerja ni? Sebabnya saya sangat suka pekerjaan saya sepanjang tempoh LI dan saya juga takut susah nak dapatkan kerja pada masa akan datang sebab ada kawan-kawan diploma saya yang susah nak dapatkan kerja tetap sampai hari ni. Harap kawan-kawan boleh bagi pendapat dan cadangan ya. Thanks!

- Sam