Aku ni naik tren KTM setiap hari. Aku tak kisah pun kalau tak dapat duduk. Normal lah kan bersardin dalam public transport. Cuma aku memang angin betul la dengan golongan yang tak reti-reti nak bagi seat kat orang yang lagi memerlukan. Pernah sekali tu, sorang auntie bawak barang banyak sampai nak terjatuh. Yang tengah duduk tu semua pandang tempat lain, buat-buat tak nampak. Lepas tu gelak mengilai macam gerabak tu ada dorang jek.

Lagi satu, tolonglah faham coach wanita tu hanya untuk wanita dan kanak-kanak. Lelaki yang selamba badak duduk dalam coach wanita ni mengalami kecelaruan identiti ke?

- Amelia