Frust dengan status terbaru bekas kekasihmu di laman sosial miliknya? Ataupun kamu menangis tanpa henti sambil masih mengharapkan si dia untuk kembali padamu? Girls, menangis bukanlah tindakan yang betul. Ketahui 10 rahsia bagi kamu yang ingin menjalinkan kembali tali cinta yang terputus.

Tip no. 1: Apa Puncanya?

Selidik punca keretakan hubangan. Biarpun kamu seringkali bergaduh disebabkan hal-hal remeh, adakalanya hal yang kecil ini boleh bertukar besar dan meninggalkan kesan mendalam kepada si dia. Kenal pasti masalah perhubungan yang lalu dan jangan ulangi ia lagi.

Tip no. 2: Dating Sekali lagi

Jika cinta masih berputik, tiada salahnya kalian mula keluar bersama sekali lagi. Imbas kembali perkara menyeronokkan tatkala kalian mula-mula bercinta dahulu. Rancanglah aktiviti menyeronokkan malah yang memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak.

Tip no. 3: Lokasi Istimewa

Cari lokasi khusus untuk diri kalian berdua sahaja. Jadikan tempat tersebut seakan ‘our little hideaway’ yang tidak diketahui oleh orang lain. Rancang aktiviti berpiknik di sana sambil melayan novel mahupun majalah. REMAJA loves it!

Tip no. 4: Jangan ‘Game’ Dia

Kononnya berpura-pura menjalin hubungan dengan orang lain agar bekas kekasih cemburu dan merayu untuk kembali. Cara ini bukanlah jalan terbaik untuk perbaiki hubungan okay! Malah ia hanya merumitkan dan menyakitkan hati si dia sahaja. Never. Ever.

Untuk lagi enam (6) tips, dapatkan Majalah Remaja Edisi Julai 2016 di pasaran terdekat. Kamu juga boleh dapatkan di eMall Karangkraf untuk pembelian online.