Terlalu risau kerana sehingga kini kamu masih belum dapat pasangan ? Relax, kamu boleh cuba 5 cara untuk mencari ‘jodoh’ di usia 20-an tanpa menggunakan apa-apa teknik kotor!

 

1. Berhubung dengan bekas rakan sekolah, kolej atau kerja

 

Jika selama ini kamu hanya mendiamkan diri sahaja dengan bekas rakan sekelas apa kata kali ini bina hubungan dan berhubung kembali dengan mereka. Mana tahu kalau-kalau ada yang sedang menanti kemunculan kamu untuk dijadikan sebagai pasangan betul tak ?

 

2. Rajinkan diri ke tempat keramaian

 

Majlis perkahwinan, kenduri, konsert dan majlis makan malam adalah tempat yang paling sesuai untuk kamu ‘pasang mata’ mencari jodoh. Jadi jangan lupa kenakan pakaian yang terbaik dan elakkan daripada kelihatan selekeh.

 

3. Ambil Kelas Tambahan

 

Selain daripada dapat menaikkan ilmu pengetahuan, dengan mengambil kelas atau mengikuti kursus-kursus tambahan, kamu juga dapat menambahkan bilangan kenalan kamu. Jika ada sebarang tugasan yang perlu dilakukan bersama jangan lepaskan peluang untuk mula bersosial dengan semua orang. Itulah masa yang paling sesuai untuk kamu mulakan langkah.

 

4. Sertai khidmat komuniti

 

Kamu tidak akan pernah tahu dengan siapa yang kamu akan temui. Manalah tahu salah seorang yang kamu bantu itu mempunyai ahli keluarga yang boleh di perkenalkan pada kamu betul tak ?

 

5. Minta jasa baik rakan-rakan

 

Jangan malu, adakalanya kamu perlu bertindak berani. Ia bukanlah langkah ‘perigi cari timba’ tetapi ini adalah jalan yang paling senang dan tidak memenatkan untuk kamu mula berkenalan dengan orang lain. Minta jasa baik sahabat yang kenal sesiapa yang sesuai untuk di kenalkan pada kamu. Tetapi hati-hati, sungguh pun lelaki itu kenalan kawan kamu jangan terlampau mudah mempercayai mereka sekelip mata ya! Maklumlah, malang tidak berbau bukan?