Kajian telah mengesahkan bahawa nisbah populasi wanita lebih banyak berbanding lelaki.

Manakala di dalam Islam pula telah memberi kelonggaran untuk lelaki berkahwin empat, jika lelaki tersebut berkemampuan dan tiada halangan untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua, ketiga atau keempat.

Tetapi kedua-dua itu bukanlah punca utama mengapa segelintir wanita suka terhadap lelaki yang sudah berumahtangga berbanding bujang.

Terdapat lima pekara yang telah admin dapati, mengapa ada segelintir wanita mudah dan sukakan terhadap lelaki yang sudah berumahtangga atau yang digelar 'suami orang'. Antaranya:

1. Lebih matang

Lelaki yang sudah berumahtangga ini dianggap matang kerana mereka telah melalui pelbagai cabaran ketika di alam perkahwinan. Segelintir wanita suka terhadap lelaki seperti ini kerana lelaki seperti ini bijak dalam membuat keputusan.

2. Bekerjaya

Kebanyakkan lelaki yang sudah berkahwin sudah memiliki pekerjaan atau kerjaya tersendiri. Ia sudah kelihatan stabil berbanding lelaki yang masih bujang. Salah satu sebab wanita sukakan 'suami orang' ini kerana mereka terasa terjamin pada masa akan datang apabila bersama 'suami orang'.

3. Mulut manis

Kebanyakkan 'suami orang' ini pandai berkata-kata. Maklumlah, sudah berpengalaman, lebih-lebih lagi dalam mendirikan rumahtangga.

4. Tanggungjawab

Lelaki yang sudah berkahwin, kebanyakkannya akan lebih bertanggungjawab berbanding lelaki bujang. Ini kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan terutama mengenai tentang perihal isteri.

5. Berasa selesa

Akhir sekali, segelintir wanita suka terhadap 'suami orang' kerana mereka mudah berasa selesa. Lelaki yang sudah berkahwin nampak lebih matang dan sentiasa mudah menjadi pendengar yang baik. Jadi, mudah bagi segelintir perempuan ini berkongsikan perasaan mereka.