Pernah atau tidak kamu menyukai seseorang tapi tidak pernah pun kamu suarakan hasrat hati kepadanya? Namun apabila hati ini sudah bersedia untuk diluahkan rasa cinta, si dia pula menolak cinta kamu itu dengan alasan hanya menganggap kamu sebagai teman biasa sahaja.

Sedangkan kamu sudah melakukan pelbagai perkara untuk selalu bersama dan membuatkan si dia bahagia. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Keliru? Inilah orang panggil 'Friendzone' yang menyebabkan kamu terasa tiada siapa menyayangi kamu dan ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/26042016/5%20PUNCA%20FRIENDZONE/fafa.jpg


Jika kamu kenal seseorang yang kamu minati atau terasa ingin memiliki pasangan cinta seperti orang lain, kamu harus fahami dan khatam dahulu apa itu 'Friendzone'. Terdapat lima (5) punca yang boleh membuatkan kamu terjerumus di dalam kancah 'Firendzone', antaranya ialah:

Perlakuanmu yang biasa-biasa sahaja buat si dia

Pernahkah kamu memberi layanan terbaik kepadanya? Misalnya memberikan hadiah istimewa khas buat dirinya seorang sahaja walaupun tidak mahal. Janji hadiah itu ikhlas dan ia datang dari usaha kamu sendiri. Atau kamu hanya layan dia sama seperti rakan-rakan yang lain?

Jadi, untuk mengelakkan situasi ini berbelah bagi, buatkan dia dengan layanan yang lebih istimewa berbanding orang lain dan ia akan membuatkan si dia sedar atas kesungguhan kamu itu.

Terlalu Jual Mahal!

Mungkin tujuan kamu untuk cuba jual mahal adalah untuk membuatkan si dia rasa ingin tahu mengenai diri kamu lalu berusaha untuk mendapatkan kamu. Namun, dengan sifat jual mahal ini yang terlalu lama, boleh membuatkan si dia salah faham dan menganggap kamu tidak tertarik kepadanya langsung. Maka, si dia akan mula mengundur diri sehingga kamu merasa menjadi 'mangsa friendzone!'

Si Dia Berasa Rimas

Apakah kamu sering menghantui si dia setiap saatm 24 jam sehari, 7 hari seminggu, baik dalam telefon, SMS, WhatApp, Messenger dan sebagainya?

Berhenti! Jangan kamu sesekali melakukan perkara seperti itu. Cara itu hanya akan menambahkan perasaan si dia merasa rimas dan lemas seterusnya membuatkan si dia itu percaya bahawa hidup kamu terlalu sunyi sehingga terdesak untuk mencari teman. Jadi, cuba berikan si dia ruang untuk bersendirian dan lebih elok kamu fikirkan cara bagaimana untuk menambat hati si dia. Ingat! Bukan dengan cara membuatkan si dia merasa rimas.

Mula Rapat Dengan Kawan Rapat Si Dia

Jangan kamu salah sangka pula apabila kawan atau seseorang memberitahu agar kamu harus mula berinteraksi dengan kawan yang rapat dengan si dia (pasangan yang kamu minati). Pertama sekali ialah niat kamu, kamu perlu berkawan dengan kawan rapat si dia adalah untuk ketahui serba sedikit tentang si dia.

Tetapi kamu tidak sedar bahawa hal ini juga boleh dijadikan alasan kamu berada di dalam situasi friendzone kerana si dia tidak akan suka melihat kamu keluar atau mula rapat dengan kawan rapatnya serta sahabatnya yang lain. Jika si dia sudah mula menyatakan alasan seperti ini, kamu sudah boleh mula bataskan diri kamu untuk tidak terlalu kerap keluar bersama sahabatnya dan lebihkan masa bersama si dia.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/26042016/5%20PUNCA%20FRIENDZONE/fafaf.jpg


Si Dia Malu dan Gugup

Antara alasan yang sering diberikan jejaka kenapa mereka suka meng-friendzone-kan si gadis kerana mereka merasa malu dan gugup untuk meluahkan cinta. Mungkin kamu dengar seperti lawak tetapi apabila sudah mula berada di depan si gadis yang si dia minati itu, tahap keberanian si dia boleh turun sampai ke titik minimum.

Sama juga seperti wanita, jika kamu meminati seseorang itu kamu harus selidik dahulu dan cuba luahkan secara spontan kepada si dia agar si dia sedar atas kewujudan kamu itu. Mungkin kamu akan berfikir ia seperti terdesak tetapi kamu salah. Orang yang 'gentle' atau professional adalah orang yang berani meluahkan isi hatinya apabila dia sudah bersedia.

Jadi, dengan kelima-lima punca ini harap dapat membantu kamu daripada mengelak termasuk dalam kancah 'Friendzone'. Kerana usaha yang sia-sia dan di abaikan seperti tiada apa-apa itu satu penyeksaan yang teramat pedih. Goodluck!