Kadang-kadang buat baik-sebaiknya, kamu pasti sukar untuk mendapat pasangan atau sukar untuk perempuan mendekati kamu bukan?

Pernah terfikir untuk menjadi nakal atau 'bad boy'? Sebelum itu fahami apa istilah nakal atau 'bad boy' ini. Kadang-kadang tidak semestinya ia memiliki sifat yang jahat.

Terdapat juga nakal/badboy yang baik dan ternyata ramai wanita diluar sana lebih gemar kepada lelaki yang bersifat sebegini. Fahami 5 sebab kenapa wanita gemar kepada lelaki nakal atau 'bad boy'.

1. Yakin paling penting sekali

Pertama sekali untuk mendapatkan perhatian wanita, kamu hatus sentiasa yakin pada diri sendiri kerana wanita suka akan lelaki yang yakin dalam apa yang kamu lakukan. Kalau kamu rasa ingin mengenali seseorang, teruskan sahaja niat dan langkah kamu terhadap wanita tersebut. Lakukan penuh yakin. Maka kamu akan tergolong dalam kategori lelaki nakal kerana kamu sudah yakin walaupun belum ketahui keputusan si dia terima atau tidak. Pedulikan apa orang kata. Yang penting bad boy sering dikatakan bertindak pantas dan agresif.

2.  Berpengetahuan tetapi tidak menonjol sangat

Seterusnya, jika kamu sudah mendapat perhatiannya, tiba waktu untuk kamu mengenalinya dengan berbual bersamanya. Berbual dengannya dengan gaya bersahaja dan yang penitng jangan terlampau gelojoh. Contohnya, baru beberapa minit berbual kamu sudah meminta si dia nombor telefonnya. Cuba cari topik-topik yang menarik seperti hobi, melancong, atau makanan dan elakkan topik yang membuatkan ramai cepat bosan terhadap kamu seperti pelajaran dan politik!

Jika berkongsi pengalaman, jangan kamu sahaja yang berkongsi tetapi pada masa yang sama kamu harus mendengar pengalaman si dia. Wanita pantang lelaki yang tidak mahu mendengar apa yang mereka katakan. Ingat, kamu tidak boleh suruh si dia hormat kamu jika kamu tidak memahami apa itu erti hormat!

3. Jadi hero

Bad boy sejati adalah menjadi penyelamat kepada sesiapa tidak kira waktu dan tempat. Jangan tunggu si dia terima hubungan kamu baru kamu sanggup membantunya di kala susah atau senang. Sikap memerlukan ini kamu harus tanamkan pada diri kamu dari sejak awal lagi. Jika si dia berceritakan masalah kepada kamu, kamu harus dengar dan cuba berikan cadangan. Jika si dia dalam kesusahan, bantuilah dia dan jangan asyik bercerita tentang masalah kamu pula!

4. Romantik biar bertempat!

Bad Boy selalu memiliki satu atau dua 'kemahiran' seperti bermain muzik. Kalau kamu tak tahu muzik atau kelebihan lain, gunakan teknik 'jiwang' seperti memberinya hadiah yang tidak disangka-sangka dengan kata-kata hebat yang memberi inspirasi dalam hidup wanita. Cukup-cukuplah dengan kata-kata "you complete me" dan sebagainya yang sudah basi. Sekali-sekala, buat suprise masa jumpa dia. Contohnya, keluarkan telefon dengan frontam menghala ke kamu berdua dan katakan "I have to show you the prettiest girl I've ever seen," kemudian tekan klik dan tunjukkan padanya!

5. Lawak Semula Jadi

Nama pun bad boy, jadi kamu mesti tahu bagaimana untuk berlawak. Tidak kisahlah cerita betul atau cerita dongeng. Selitkan unsur lawak dalam perbualan. Cuma kena pastikan jangan banyak buat lawak lucah kerana wanita sekarang memang pantang dengar benda-benda macam itu.