Pertemuan pandang pertama bagi seorang lelaki dan perempuan kadang kala boleh menerbitkan bibit-bibit cinta yang mungkin tidak di sangka-sangka.

 

Ada yang berkesempatan berjumpa dengan teman baru di majlis-majlis teman rapat atau mungkin juga di restoran-restoran ketika sedang asyik menikmati makanan. Maka, berlakulah pandangan empat mata di antara satu sama lain.

 

Namun, dalam tatapan mata yang singkat itu, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud tersirat di sebalik pandangan itu? Nak-nak orang perempuan yang over thinking nya boleh sampai ke bulan.

 

Jom kita lihat 6 perkara yang biasanya wanita fikirkan ketika bertentang mata dengan lelaki.

 

1.    Apakah ia disengajakan?

 

 

Jika direnung mata dengan tepat, baik korang atau lelaki berpaling ke arah lain, wanita akan tertanya-tanya adakah lelaki tersebut benar-benar memandangnya atau hanya kebetulan terpandang ke arahnya.

 

2.    Adakah dia masih bujang?

 

 

Setelah lelaki tersebut menatapnya tanpa sengaja, jika wanita masih tertarik biasanya dia akan mencari cincin di jari manis lelaki itu. Adakah dia masih bujang atau sudah berkahwin?  Jika lelaki tersebut sudah berumah tangga, tentu saja wanita tidak akan tertarik lagi padanya.

 

Hm, dah berpunya. Buat apa nak kacau milik orang kan.

 

3.    Ingin dianggap seksi

 

 

Bila wanita berjaya menangkap pandangan lelaki dan ia memandangnya lebih daripada sekali, maka wanita sudah tahu bahawa lelaki itu juga tertarik dengannya. Jadi dia akan mula cari akal untuk menarik perhatian lelaki atau bermain-main dengan rambutnya agar kelihatan seksi dan menggoda.

 

4.    Adakah dia satu-satunya wanita yang ditatap?

 

 

Jika seorang lelaki memberi jelingan mata, adakah kerana tertarik dengan penampilan diri atau adakah dia satu-satunya wanita yang dipandang oleh lelaki tersebut? Kalau-kalau dia pandang kita je maksudnya mungkin lelaki itu ada hati pada kita.

 

5.    Bagaimana nak dia tahu yang wanita tertarik padanya?

 

 

Jika pandangan bertukar dengan hilai tawa atau senyuman, lelaki ingin korang tahu bahawa mereka seorang yang ramah dan mudah didekati. Jika lelaki mengajak sekali temannya untuk melihat korang sambil berbisik senyum, ini adalah cara lain untuk menunjukkan apa yang difikirkannya.

 

6.    Reaksi seterusnya?

 

 

Jika lelaki benar-benar tertarik, mereka tidak akan main-main. Dia akan terus pergi ke arah wanita tersebut sambil memberikan senyuman manis. Ia merupakan green light untuk anda mula berbicara dengannya.

 

Ha, tak semua wanita memikirkan perkara yang sama ya. Tapi jujur saja ada di antaranya pernah buatkan korang terfikir kan? Hehe

 

Sumber: kompas.com