Bila bercakap tentang keperibadian dan karekter setiap individu memang tak dapat di sangkal lagi ada sahaja perbezaannya apatah lagi dalam persahabatan. Tak di nafikan, adakalanya perbezaan ini mampu membuatkan sesebuah hubungan persahabatan runtuh akibat selisih faham, perbezaan pendapat dan pegangan. Dan sebagainya. Namun, sebenarnya ia tidak akan menjadi masalah sekiranya kita betul-betul dapat faham dan kenali siapa kawan kita kerana hakikatnya perbezaan ini saling melengkapi antara satu sama lain.

 

Jom ikuti penulis bercerita tentang “Biar berbeza, tapi tetap bersahabat selamanya”.

 

Mula-mula sekali kamu harus kenal siapa diri kawan kamu . Hippocrates, seorang ilmuan lagenda dari Yunani telah membahagikan peribadi manusia kepada empat jenis iaitu Sanguine, Phlegmatic, Choleric, dan Melancholic. Setiap keperibadian ini mempunyai unsure-unsur perwatakan yang berbeza baik dari segi positif mahupun negatif. Jadi, tunggu apa lagi jom kenali diri mereka.

 

a)      SANGUINE

Ciri-ciri : - Senang di ajak berbual

-          Ekspresif

-          Bersemangat

-          Emosional

-          Mudah berkawan

-          Periang

-          Suka jadi pusat perhatian

-          Yakin diri

-          Suka membantu

** Sangat sepadan dengan : Choleric & selalu berbeza pendapat dengan : Melancholic

 

 

b)      MELANCHOLIC

Ciri-ciri – Tekun

-          Serius

-          Teratur

-          Menyukai kesempurnaan

-          Mudah terharu

-          Tidak suka menjadi pusat perhatian

-          Pemalu

-          Pasif

** Sangat sepadan dengan : Phlegmatic  & selalu berbeza pendapat dengan : Sanguine

 

 

c)       CHOLERIC

Ciri-ciri : - Berkepimpinan

-          Aktif

-          Bercita-cita tinggi

-          Tegas

-          Berdikari

-          Berani

-          Emosional

-          Berkeyakinan tinggi

** Sangat sepadan dengan : Sanguine & selalu berbeza pendapat dengan : Phlegmatic

 

 

 

d)      PHLEGMATIC

Ciri-ciri – Rendah Diri

-          Cool

-          Tidak banyak bercakap

-          Sabar

-          Sukar dijangka

-          Senang mengatakan ‘YA’

** Sangat sepadan dengan : Melancholic & selalu berbeza pendapat dengan : Choleric

 

 

 

 

Dah kenal karekter kawan kawan kamu ? jom ketahui macam mana pendekatan yang harus kamu lakukan untuk mengakrabkan lagi hubungan kamu dengan si dia.

 

SANGUINE

- Beri sokongan yang berterusan agar dia lebih bersemangat mengerjakan tugas yang di berikan sehingga siap

- Individu ini mudah tertekanjika terlalu lama melakukan sesuatu. Jadi, sekirannya kamu nampak si dia seakan tertekan sewaktu sedang membuat homework, apa kata ajak si dia berehat sebentar.

- Bila individu ini meminta pendapat atau pandangan, berikan yang terbaik padanya dan biarkan si dia membuat keputusan sendiri.

- Sanguine suka di puji, jadi cuba sesekali kamu memuji kecantikan dan kebijaksaan yang di milikinya.

 

MELANCHOLIC

- Harus di ingat, individu ini sebenarnya sangat sensitive dan mudah tersingung. Jadi hati-hati sewaktu berkata-kata dan bergurau ya.

- Individu ini sering memandang sifat negatifnya berbanding positif, Jadi apa salahnya jika kamu sentiasa ingatkan tentang kelebihan dirinya.

- Kalau si dia cuba meluahkan apa yang terbuku di hatinya, cuba kamu dengar dengan penuh kosentrasi dan dalamilah perasaannya.

- Jangan sesekali berani bermain dengan ‘moodnya’ kerana si dia pasti akan moody seharian.

 

CHOLERIC

- Sifatnya seperti ibu-ibu. Adakalanya kuat membebel. Sekirannya dia menegur kamu, pekak kan telinga sahaja, niatnya sebenarnya baik. Dia mahukan yang terbaik untuk kamu.

- Bila sedang berdebat dengan individu ini pastikan kamu bijak mengawal emosi.

- Bila si dia meminta pandangan kamu, terus terang sahaja. Jangan cuba putar-putar kan kata-kata mu atau berlapis-lapis kerana si dia mahukan pandangan yang tepat.

PHEGMATIC

- Jangan terlalu tegas bila menasihatinya.

- Sentiasa bantu dirinya untuk membuat keputusan dan mencapai cita-citanya

- Sekiranya kamu memerlukan pendapat dan pandangan Phegmatic sedia membantu kamu!

- Sentiasa mengajak dirinya untuk melakukan aktiviti di dalam dan luar sekolah. Jangan biarkan individu ini keseorangan.