Kadang-kadang kamu boleh lihat pelbagai gelagat yang telah dilakukan oleh lelaki untuk menarik perhatian pasangannya agar kekal ceria dan bertambah sayang kepadanya.

Ada lelaki yang jenis serius, ada pula yang jenis kelakar, tetapi jangan terkejut pula jika terjumpa yang lurus bendul. Itulah lumrah manusia, sama seperti perempuan juga lelaki. Mereka mempunyai pelbagai watak yang boleh kamu lihat dari luar atau dalam mereka. Antara gelagat yang selalu mencuit hati gadis adalah:

1. Tertib

Sebagaimana lelaki sukakan wanita yang sopan dan tertib, begitu juga sebaliknya. Dalam erti kata lain, hargailah si dia sebagai seorang gadis yang teristimewa di hatimu.

2. Sense of humour

Sifat lucu yang dimaksudkan adalah bukan bererti lawak melampau dengan aksi terkinja-kinja hingga membuatkan orang menyampah.

Tetapi cukup denan gelagat spontan atau melakukan sesuatu yang lucu hingga dapat menarik perhatian si dia untuk terus berada di sisi kamu.

3. Punyai azam

Lelali yang mempunyai azam yang kuat dan cita-cita yang tinggi dianggap cukup menarik kerana ia memberi gambaran bahawa kamu mempunyai visi dalam hidup dan pastinya si dia akan berasa selamat apabila mengisi hidup bersama kamu.

4. Lelaki aktif sukan

Lelaki dan sukan sememangnya sudah sinonim dan pastinya, si gadis juga sangat tertarik dengan lelaki yang aktif dalam sukan. Jadi tidak hairanlah sekiranya atlet profesional punyai ramai kelompok peminat yang terdiri di kalangan perempuan. Hihi