Awal percintaan selalunya indah dan manis buat pasangan yang baru menjalinkan perhubungan. Tetapi apa akan terjadi jika hubungan tersebut sudah berada pada jangka masa yang agak lama?

Adakah ia masih indah seperti awal perkenalan? Kadang kala kamu boleh lihat sesetengah pasangan mempunyai masalah apabila perkara yang sering dilakukan terhadap pasangan mereka seperti memberi kata manis atau membuat kejutan dengan membeli bunga kepadanya sudah tidak seindah dulu.

Ia terjadi apabila pemberian yang kamu lakukan itu sudah tidak rasa istimewa baginya. Mungkin kamu khuatir sama ada pasangan kamu ini hanya menjalinkan perhubungan seperti 'tepuk sebelah tangan' sahaja?

Sedar tak sedar, sebenarnya kamu/pasangan sudah curang dalam perhubungan di atas perbuatan yang kamu lakukan tanpa sedar itu. Jom ketahui lima perkara yang boleh membuatkan kamu terjebak dalam zon curang.

1. Menggatal di pejabat

Orang pergi kerja cari rezeki tapi ada yang menggatal. Jika kamu rasa menggatal di pejabat tu perkara biasa, cuba fikirkan semula. Mungkin niat kamu sekadar suka-suka, tapi dari situlah timbulnya rasa cinta dan sayang terhadap orang tersebut. Waktu itu kamu akan rasa cinta lebih kepada pasangan baru berbanding kepada pasangan kamu yang ada ketika itu.

2. Selalu borak dengan rakan berlainan jantina

Tak salah nak ada rakan berlainan jantina sama ada lelaki atau perempuan. Tapi kalau sampai tahap semua cerita kamu kongsikan itu sehingga hal rumah tangga pun dikongsi, perkara lain boleh jadi. Dari teman rapat, boleh bertukar kepada ‘kekasih gelap’. Hati-hati dalam hal ini!

3. Bersosial dengan rakan berlainan jantina

Ramai yang anggap keluar dengan rakan berlainan jantina tu perkara biasa, sampai rahsiakan atau tipu pasangan semata-mata nak keluar dengan rakan kamu itu. Mungkin kamu takut pasangan kamu cemburu, tapi kalau si dia buat benda yang sama, kamu boleh terima ke?

4. Cerita keburukan pasangan

Bila dah sampai tahap ceritakan keburukan pasangan ada rakan berlainan jantina pun dah kira curang. Bukan ke anda patut jaga aib pasangan?

5. Suka sangat dengan online chatting

Menurut kajian dari Universiti Gainesville di Florida, Amerika Syarikat, 'online chatting' merupakan punca utama kepada masalah dalam sebuah hubungan. Jadi, kamu harus berhati-hati apabila ingin memulakan sesuatu perbualan.