Lelaki juga mempunyai perasaan seperti wanita yang harus kita fahami dan ketahui.

Ada yang mengatakan merajuk lelaki hanyalah untuk mendapat perhatian si wanita semata-mata teatpi tanpa kamu sedari, jika ia dibiarkan mungkin sukar kamu untuk mengatasi apabila ia terjadi terhadap kamu.

Oleh itu, jom ketahui tujuh tanda-tanda si lelaki yang merajuk perlu kamu ketahui.

1. Masam muka secara tiba-tiba

Selalunya si jejaka asyik tersenyum dan kerap bermanja dengan kamu tetapi secara tiba-tiba, wajahnya berubah bak cuka. Mesti ada sesuatu yang dipendam di dalam hatinya.

Jika asyik ditanya mungkin tangannya boleh sampai ke muka, jadi lebih baik kamu berdiam diri dan membiarkan dirinya sejuk daripada memikirkan masalah yang dihadapinya itu. Setelah reda, barulah kamu bertanyakan apa yang membuatnya menjadi sedemikian rupa.

Kalau si dia masih enggan bercerita, biarkan sahaja dan lakukan tugas kamu seperti biasa.

2. Diam sepanjang hari

Apabila lelaki asyik berdiam diri tanpa sepatah kata dan apabila ditanya pun masih diam juga, pasti ada sesuatu yang telah mengganggu fikirannya dan berkemungkinan mereka sedang berperang dengan dirinya sendiri.

Lelaki cukup ego untuk meluahkan apa jua masalah yang dihadapinya walaupun kepada insan yang rapat dengannya. Tambahannya lagi, mereka tidak mahu memperbesarkan masalah yang dihadapi supaya ia tidak menjadi terlalu serius.

Jadi janganlah kamu berkecil hati sekiranya teman lelaki kamu berdiam diri dan kerap merajuk. Mungkin apa yang dia rajukkan itu berpunca daripada diri kamu sendiri, jadi fikir sejenak adakah tindakan kamu telah melukakan hati dia?

3. Keluar melulu tanpa pesan

Ramai lelaki suka bertindak keluar secara melulu tanpa sebarang pesan apabila mereka dalam keadaan merajuk. Apa yang ditunjukkan ini adalah sebagai tanda protes kepada kamu yang asyik menyakitkan hatinya.

Kalau sampai ke tahap ini, mereka merasakan yang egonya seperti dipijak-pijak dan diperlekehkan, jadi bila kamu berhadapan dengan situasi seperti ini, kejarlah si jejaka tersebut dan pujuklah mereka dengan kata-kata manjamu.

4. Buat tidak tahu

Pernah atau tidak kamu melihat si jejak buat tidak tahu tatkala kamu bertanyakan sesuatu? Ya. Sebenarnya dia sedang merajuk dengan kamu ketika itu. Apabila lelaki bertindak tidak tahu, mereka merupakan lelaki yang jenis manja dan jenis suka dipujuk.

Tidak ada salahnya jika sesekali kamu pula memujuk teman lelaki kamu. Hehe

5. Buat-buat sibuk dengan kerja

Apabila diajak keluar, si dia asyik menolak sahaja, ini bermakna si dia ada sesuatu telah terjadi kepadanya. Si dia suka buat-buat sibuk dengan tugasnya walaupun waktu itu adalah waktu rehat dan lebih memilih untuk keluar bersiar-siar bersama teman lain selain kamu. Jika masalah ini terjadi, cepat-cepatlah berbincang kerana hubungan kamu mungkin dalam keadaan yang berbahaya.

6. Tutup telefon

Kalau sampai tahap seperti ini, si lelaki tersebut benar-benar merajuk dan marah terhadap kamu. Tindakan ini dibuat kerana si dia tidak mahu diganggu dan ingin memikirkan jalan penyelesaian, apakah salah dirinya sehingga kamu sanggup membuat dirinya sebegitu rupa.

Apa yang terjadi ini juga menunjukkan tahap kemarahan yang melampau kepadamu. Waktu ini kalau kamu bijak memujuk, pasti si jejaka tersebut akan mudah memaafkan kamu.

7. Sanggup berlapar

Ada juga lelaki yang sanggup berlapar sebagai tanda menunjukkan diri mereka sedang merajuk terhadap kamu. Sebenarnya sikap ini agak mengada-ngada, namun ia merupakan perkara biasa dan janganlah kamu mudah berputus asa.

Cuba kamu mengajaknya makan bersama dan jika boleh, masaklah sesuatu menu kegemarannya sebagai satu cara untuk kamu memujuknya kembali. Dari situ barulah nampak kesungguhan kamu untuk memujuk si dia.