Jika kamu mempunyai kawan lebih daripada satu, sudah semestinya kamu akan hadap pelbagai karenah kerana tidak semua mempunyai perangai yang sama.

Tetapi jika si dia asyik nak menang sahaja dan membuatkan kamu rasa jengkel terhadap sikapnya itu, ada cara untuk kamu tanganinya. REMAJA kongsikan trik yang harus dilakukan saat kamu menghadapi situasi seperti ini.

Sibukkan Rutin Harian

Kamu dapati sikap bossy dia muncul saat kamu bersamanya. Jadi, apa kata kamu penuhkan jadual harian kamu supaya punya alasan untuk menghindarinya. Gunakan ayat, 'aduh sorry la beb, i sibuk sangat sekarang ni bukan tak nak tolong you'. Huh, bukanlah niat kamu untuk menjauhkan diri. Kadangkala, ada baiknya juga jika kamu berpisah seketika. Jika tidak, asyik terasa diri sering dipergunakan sahaja.

Teguran Tidak Bermakna Makian

Jika trik pertama tidak berhasil, kamu boleh cuba memberi teguran supaya dia tersedar akan perilakunya yang tidak disenangi ramai. Cadangkan supaya kamu dan dia punya sesi berkongsi perasaan ala sleepover supaya dia tidak merasa seperti dihakimi atau diserang oleh kamu di hadapan orang lain. Jelaskan padanya bahawa sikapnya itu tidak menyenangkan orang di sekeliling.

Bantu Dia Mengawal Emosi

Emosi seseorang yang bossy itu biasanya tidak stabil. Dia cenderung untuk berkata okay dan sekelip mata tidak okay. Jika emosinya datang, mulalah si dia mahu menyerang sahabat yang berada disekeliling. Kawal mood amarahnya secara tenang supaya dia sedar, bukan dia saja yang mempunyai masalah peribadi.

Rileks. Cool. Tenang

Sahabat yang bossy akan melontarkan apapun tanpa memikirkan perasaan orang lain. Jadi, memang tidak pelik jika dia berceloteh panjang lebar waaupun tidak siapa pun yang mengambul berat akan pendapatnya. Relaks! Biarkan dia membebel sampai selesai. Biarkan kata-katanya berlalu dengan angin. Adili sekiranya inti patinya percakapannya boleh dikira pakai. Jika tidak, lupakan sajalah.

Untuk lagi 4 tips sila dapatkan majalah Remaja isu September 2016 di pasaran. Lebi banyak info dan berita menarik untuk remaja semua! Dapatkan sementara stok September masih ada. Ini baru Remaja!