Bunga ros amat sinonim dikaitkan dalam alam percintaan apabila si gadis mula meraju atau marah apabila si lelaki mula memberi bunga ros ini sebagai tanda kemaafan.

Jika dilihat daripada konteks bunga ros ini, kamu pasti sudah lihat terdapat pelbagai warna yang ada pada bunga ini. Terdapat warna merah, putih, kuning, oren, ungu dan merah jambu.

Tetapi, ramai di antara kamu tidak tahu disebalik warna pada setiap bunga ros ini kerana setiap warna yang kamu pilih untuk diberikan kepada kekasih hati ia melambangkan makna tersirat. Jadi, lebih baik kamu ketahui apa makna setiap warna yang terdapat pada bunga ini agar ia memberi makna yang lebih mendalam kepada si gadis yang kamu sayangi itu.

1. Bunga Ros Merah

Merah seperti kamu ketahui ia melambangkan keberanian dan kuat. Di dalam bunga ros merah ia membawa maksud cinta dan sayang yang kuat kepada seseorang. Kebiasaannya bunga ros merah ini diberi ketika kamu ingin menyampaikan kata sayang kepada pasangan seperti 'I love you'. Selain itu, bunga ros merah ini juga sering digunakan sebagai tanda penghargaan dan juga majlis rasmi.

2. Bunga Ros Merah Jambu (Pink)

Bunga ros pink pula kebiasaannya diberi untuk menyampaikan rasa tanda terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa kegembiraan. Ros pink sering dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.

3. Bunga Ros Kuning

Bunga ros kuning pula melambangkan persahabatan dan juga permulaan kepada suatu yang baru, contohnya perhubungan yang baru. Bunga ros kuning juga sering diberikan untuk mengucapkan tahniah di atas sesuatu kejayaan.

4. Bunga Ros Putih

Bunga ros putih sering digunakan untuk meluahkan rasa cinta yang suci. Sesuai dengan warnanya, bunga ros putih ini juga sering dijadikan gubahan di hari perkahwinan.

5. Bunga Ros Ungu

Biarpun memberi atau menerima, bunga ros ungu bukan sesuatu yang sering kita lihat atau pilih, tetapi bunga ros ungu tetap membawa maksud yang tersendiri iaitu sebagai tanda cinta pandang pertama.

6. Bunga Ros Oren

Bunga ros oren pula sering diberi sebagai tanda harapan iaitu untuk meluahkan rasa ingin memiliki perhubungan yang lebih bermakna. Bunga ros oren juga sesuai diberi kepada rakan kongsi sebagai tanda kerjasama dalam perniagaan.