Kamu sukakan dia tapi dia disebaliknya. Cinta ditolak tidak bererti kehidupan kamu sudah berakhir. Kembali bangkit dan serap aura positf untuk menerima hakikat tersebut. Kamu harus tahu, kumbang bukannya seekor dan bunga bukannya sekuntum!

 

Ikut langkah dibawah untuk kamu selamat daripada mangsa cinta tidak berbalas:

 

Bagaimana untuk tidak menyalahkan diri sendiri?

Kamu tak perlu salahkan diri sendiri okay. Kamu kena ingat kumbang bukan seekor dan bunga bukannya sekuntum. Cuba kuatkan hati dan terima hakikat walaupun ia pedih tetapi sementara.

 

Bagaimana untuk membuka lembaran baru?

Tiba masanya untuk melupakan kisah lalu. Bukalah kamus hidup baru dan cuba berfikiran positif. Sakit dan sedih itu perkara biasa tapi janganlah ambil masa terlalu lama. Takut kamu tidak boleh terima hakikat dan akan cenderung kepada perkara yang tidak diingini.

 

Bagaimana untuk 'move on'?

Mulai saat ini, jangan lagi terhegeh-hegeh mengejar cinta yang belum tentu terbalas. Bukalah peluang hati pada orang lain juga.

 

Bagaimana untuk bersosial?

Cari ruang untuk redakan fikiran dengan mengisi masa bersama rakan. Pada masa sama, luaskan pergaulan kamu. Siapa tahu akkan ada teman yang sedang menunggu!