Sebelum masuk ke alam kekeluargaan dan perkahwinan, kamu pasti akan mengalami alam percintaan. Kebanyakkan pasangan di Malaysia bercinta dahulu baru kahwin untuk mengenali pasangan masing-masing lebih dalam lagi.

Jarang untuk kita lihat pasangan yang bercinta selepas nikah. Tetapi di dalam alam percintaan, pasti kamu pernah terdengar atau alami kejadian seperti ini.

Pernah atau tidak kamu selaku perempuan terutamanya, mengajak pasangan kamu untuk berkahwin dan si dia mula memberi pelbagai alasan. Mungkin sesetengah daripada kamu faham apa yang di maksudkan oleh pasangan kamu itu, manakala ada pula yang langsung tidak faham dan tidak dapat tangkap apa yang dimaksudkan.

Kenapakah perkara ini terjadi? Adakah si pasangan kamu itu tidak mahu berkahwin dengan kamu? Atau si dia menganggap kamu seolah-olah tempat persinggahan sahaja?

Jom kita ketahui apakah maksud disebalik alasan yang sering diberikan oleh lelaki apabila diajak berkahwin.

1. Saya tidak bersedia lagi.

Apabila diajak untuk berkahwin pasti kamu pernah dengar atau kawan kamu pernah cerita pasangannya mengatakan bahawa dia tidak bersedia lagi. Maksud katanya itu bahawa, dia masih belum lagi bersedia untuk memegang tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami dan juga bapa.

Kamu harus faham bahawa tugas seorang lelaki selepas kahwin adalah besar dan tanggungjawab yang dia perlu pikul adalah berat. Tetapi jika terlalu lama si dia tidak bersedia pun, satu hal juga. Jadi fikirkan sebaiknya.

2. Saya takda duit

Alasan ini merupakan salah satu alasan yang agak popular dipakai oleh golongan lelaki. Baginya, takda duit itu bukan takda langsung. Mungkin di sebabkan hantaran yang tinggi membuatkan si dia dilemma dan tidak yakin untuk berkahwin.

Kos perkahwinan yang tinggi akan membuatkan si lelaki mengalami tekanan dalam usaha mengumpul. Terutama yang mempunyai komitmen seperti menyara adik beradik, memiliki rumah sendiri, kenderaan sendiri dan sebagainya.

3. Keluarga awak macam tak suka dekat saya

Untuk memikat anak mesti tahu memikat keluarganya juga. Takkan nak si anak sahaja tetapi tidak menghiraukan si keluarganya? Tidak logik bukan. Tetapi itu sering terjadi pada masa kini.

Ramai yang tidak tahu untuk mengambil hati belah keluarga pasangan. Mengapa tidak mencuba menambat hati keluarga pasangan walaupun baru pertama kali berjumpa? Atau ia sekadar alasan yang sering dilakukan untuk mengelak daripada ajakan perkahwinan?

Sepatutnya kamu harus tahu bagaimana untuk menambat hati si keluarga pasangan kamu itu. Mungkin bermula dengan makan malam atau minum petang sebagai pembuka langkah? atau sedikit pemberian cenderamata? Kamu fikirkan mana yang sesuai.

4. Saya nak habis belajar dahulu dan kecapi impian saya

Menurutnya banyak lagi masa dan kerja nak dilakukan. Jika waktu pembelajaran, si dia akan memberi alasan banyak masa lagi untuk ditempuhi. Manakala bagi yang sudah bekerjaya pasti si dia akan mengatakan terlalu awal lagi untuk menggalas tanggungjawab keluarga.

Kerjaya baru sahaja mula tetapi sudah ingin memegang komitmen lain? Apa salahnya jika berkahwin walaupun baru sahaja mendapat kerja. Jika dilihat dari segi pemikiran dan usahanya, sebenarnya si dia langsung tiada usaha untuk mencapai keingginannya itu.

Jika kamu inginkan sesuatu pasti kamu sudah menunjukkan usaha itu bukan memberi sebarang alasan tanpa berfikir sedalamnya. Mungkin jika kamu (lelaki) kahwin ketika ini kamu akan menjadi semakin membara untuk mencapai cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang kamu cintai.

5. Saya nak hidup bebas dahulu

Ada yang menyifatkan si bujang jangan berkahwin terlalu awal lagi. Alasanya jika sudah kahwin nanti tiada masa untuk bebas berjalan dan seronok bersama rakan-rakan. Jika dilihat pada alasan ini sebenarnya pemikiran si dia masih lagi di takuk yang lama.

Si dia menggunakan pelbagai alasan sehingga menampakkan diri itu bodoh. Fakta sebenarnya apabila berkahwin, ia akan memberi makna kebebasan sebenar itu kepada diri kamu. Contohnya apabila pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, mungkin sebelum ini kamu balik berseorangan atau bersama keluarga, tetapi apabila sudah berkahwin alangkah indah apabila ditemani pasangan yang kamu cintai.