http://support.karangkraf.com/editorial/rem/28042016/IronMan%20Spider%20Man/aaa.jpg

 

Mulai hari ini orang ramai sudah mula menyatakan perasaan mereka apabila menonton filem terbaru daripada Marvel iaitu Captain America: Civil War. Sehubungan dengan itu, Marvel turut mengumumkan berita terbaru mengenai filem superhero Spider-man yang bakal ditayangkan kelak.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/28042016/IronMan%20Spider%20Man/a.jpg


Baru-baru ini Marvel telah mengambil keputusan untuk memilih Tom Holland sebagai pelakon baru Spider-Man, dimana beliau menjadi seorang lelaki muda yang bernama Peter Parker, sebelum ini yang dilakonkan oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield.

Tom Holland yang bakal membuat penampilan pertamanya sebagai Spider-Man di dalam filem superhero Marvel iaitu Captain America: Civil War ini juga bakal mempunyai filem solonya tersendiri seperti mana kamu boleh lihat siri filem Spider- Man sebelum ini. Manakala bagi filem solo, Tom Holland ia bakal diberi tajuk Spider-Man: Homecoming.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/28042016/IronMan%20Spider%20Man/aa.jpg


Sehubungan dengan itu, rancangan di bawah pengacaraan Jimmy Kermel yang membincangkan tentang filem-filem terbaru termasuklah filem Spider-Man ini telah menjemput Robert Downey Jr. untuk ditemu bual. Jika lihat pada episod tersebut, Downey seperti ingin menyatakan bahawa beliau bakal muncul di dalam babak filem Spider-Man tersebut.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/28042016/IronMan%20Spider%20Man/aaaa.jpg


Walaubagaimanapun kami masih belum lagi pasti bahawa Iron Man bakal beraksi di dalam filem Spider-Man: Homecoming atau tidak. Dengan tayangan filem Captain America: Civil War ketika ini, harap ia dapat membantu merungkai perkara ini kerana di dalam babak tersebut, terlihat kemunculan aksi Spider-Man.