Sebut sahaja Krabi pasti ramai tahu dan menjadi salah satu tempat percutian bagi mereka terutama pasangan baru berkahwin. Krabi merupakan salah satu destinasi popular. Ia bukan sahaja mempunyai banyak lokasi yang menarik, malah suasana dan buadayanya juga membuat kamu jatuh hati.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/12042016/Amalen%20Krabi/Amalen.jpg


Nur Amalen Nasuha Budin, 18 tahun menceritakan pengalaman beliau bersama keluarga bercuti ke Krabi dengan menggunakan laluan darat. Kebanyakkan orang jika bercuti pasti akan menaiki kapal terbang kerana ia lebih pantas dan cepat. Oleh disebabkan ingin cabaran dan kelaianan dalam percutian, Amalen bersama keluarganya telah membuat keputusan untuk menggunakan laluan darat walaupun ia mengambil masa selama setengah hari jika bertolak dari Kelantan.

Menggunakan laluan darat telah mengambil masa selama 15 jam perjalanan dan beliau berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat melihat perbezaan budaya dan cara hidup masyarakat di setiap daerah yang dilaluinya. Selain itu, Amalen dan keluarga tidak lupa juga pengalaman yang mendebarkan apabila terpaksa mengisi minyak di tepi jalan kerana sukar untuk menemui stesen minyak, mereka terpaksa membawa lebihan minyak yang disimpan di dalam botol.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/12042016/Amalen%20Krabi/asia%20nighht.jpg

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/12042016/Amalen%20Krabi/Asia%20night%20bazaar.png


Sebelum sampai ke destinasi, mereka telah singgah semalaman di Hatyai untuk merehatkan badan akibat keletihan sepanjang perjalanan. Di Hatyai juga terdapat tempat menarik untuk dikunjungi, dimana terdapat Asia Nigh Bazaar. Segala makanan terdapat di situ dan yang pastinya semua sedap dan menarik untuk di makan.

Setelah semalaman di Hatnyai, kini kami meneruskan perjalanan mereka ke Krabi. Setelah 5 jam berada di jalan raya, akhirnya kami telah sampai ke destinasi iaitu Krabi! Benar kata orang, Krabi merupakan tempat percutian yang sangat indah apabila kami disajikan dengan keindahan pantai membiru dan pasir yang halus dan putih. Di Krabi, air laut merupakan kebiruan dan sangat sesuai untuk individu yang ingin mencari ketenangan dan merehatkan minda daripada kesibukan kerja harian.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/12042016/Amalen%20Krabi/bamboo%20island.jpg


7 Lokasi Menarik Dan Paling Syok Untuk Di Kunjungi!

Sepanjang 5 hari di Krabi, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti snorkelling dan melawat ke beberapa pulau yang menarik seperti Bamboo Island, Gua Viking Lohsamah Bay, Pileh Bay, Maya Bay, Pantai Monyet dan Phi Phi Don. Selain itu, di Krabi telah membuka sebuah lokasi menarik iaitu Heaven 7, sesuai untuk kaki 'hiking' dan 'jungle trekking'!

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/12042016/Amalen%20Krabi/Gua%20Viking%20Lohsamah%20Bay.jpg

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/12042016/Amalen%20Krabi/heaven%207.jpg

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/12042016/Amalen%20Krabi/heaven%2077.jpg


Tip Amalen

Disini Amalen mempunyai tiga tips untuk dikongsikan kepada kamu semua bagaimana untuk bercuti ke tempat percutian yang kita impikan. Semoga dengan tip ini dapat membantu kamu semua.

1. Kumpul duit sebanyak mana yang boleh dan rancang pembelanjaan dengan bijak.

2. Buat survey tentang destinasi pilihan sebelum membuat keputusan untuk ke sana atau guna Mr. Google untuk ketahui situasi negara atau negeri tersebut. (Jangan main pergi tapi tak tahu yang negara kita tuju itu sedang bergolak pula!)

3. Jika kamu seorang pengembara dan suka menggunakan kenderaan sendiri, pastikan bawa belakan yang mencukupi seperti minyak dan perkakas seperti tool box kerana ia penting apabila berlaki sebarang insiden yang tidak dijangkakan.

Kisah Amalen ini di ambil dan diubahsuai daripada Majalah Remaja, My Jurnal. Dapatkan Majalah Remaja, pelbagai info dan berita menarik untuk dikongsikan!