Suaranya unik bak bisikan lembut membuatkan lagu dendangan Elizabeth Tan didengari ramai. Terkini, single duetnya bersama Faizal Tahir cetus fenomena yang tersendiri. Dari gadis yang hanya memuat turun lagu cover version di Youtube, siapa sangka kini tuahnya melangit ke arus seni semasa.

Menurut Elizabeth Tan, semua ini terjadi selepas dia muat naik video nyanyian lagu Selamat Hari Raya di Youtube. Video tersebut telah menjadi viral dan mendapat jumlah tontonan yang agak tinggi. Sejak itu, ramai orang mulai sedar tentang kewujudannya. Selang beberapa minggu, dia mendapat panggilan daripada penyanyi Faizal Tahir dan dipelawa untuk merakam lagu. Maka bermulalah perjalanan karier seninya dalam bidang hiburan secara rasmi. Faizal Tahir adalah individu yang bertanggungjawab mencipta lagu single pertama berjudul Knock-Knock dan Setia. Saksikan momen-momen di sebalik tabir penggambaran cover REMAJA ini.

Pastikan anda subscribe Sinar.TV dan ikuti kami di:

Sinar TV

Remaja

Kumpulan Media Karangkraf

Sinar Online

Sinar Instagram