Sebut je restoran fast food, daripada budak kecil hinggalah ke orang dewasa memang ramai yang gemar menikmati hidangan makanan segera ni.

 

Kehidupan yang serba moden mendorong lebih ramai individu untuk mendapatkan keperluan dengan segera tanpa perlu membuang masa dan tenaga. Mana tidaknya, kalau perut rasa lapar dan malas nak menunggu di kedai, drive thru fast food kan ada. Mudah bukan?

 

Walaupun sudah dimomokkan dengan keburukan-keburukan mengambil makanan segera, masih ramai yang tidak peduli dan tetap memilih untuk terus menikmati segala promosi hebat yang ditawarkan.

 

Namun begitu, di sini Brightside telah berkongsi helah-helah yang digunakan oleh restoran fast food ini dan lebih baik jika anda tidak mengambil makanan segera ini dengan terlalu banyak.

 

Jom semak 10 rahsia yang selama ini mungkin anda tidak tahu tentang service yang disediakan oleh restoran fast food.

 

1.    Waktu terbaik

 

 

Waktu yang paling tepat untuk pergi ke restoran fast food adalah semasa ‘peak hour’ (di antara jam 11 pagi – 1 tengah hari dan 6 petang – 8 malam).

 

Ya, memang sukar untuk mendapatkan tempat pada waktu busy tetapi ini adalah masanya di mana makanan segar sedang disajikan.

 

2.    Sekiranya anda mahukan french fries yang segar, order tanpa garam

 

 

Setiap french fries yang telah digoreng akan dicampur dengan garam dan jika anda meminta fries tanpa garam, mereka terpaksa menyediakannya semula.

 

Jadi tidak timbul isu anda dapat french fries yang sudah lama dimasak dan tidak segar.

 

3.    Bauan dari dapur adalah strategi pemasaran

 

 

Pergi saja ke mana-mana restoran fast food, pasti aromanya terhidu hingga ke luar pintu. Hal ini terjadi kerana restoran tersebut ingin memastikan bau-bauan makanan yang enak dihidu oleh orang-orang luar, sekali gus menarik mereka untuk menikmati makanan yang disajikan.

 

4.    Minuman soda lebih murah

 

 

Jika anda perasan, minuman soda yang terdapat di restoran-restoran fast food  ni jauh lebih murah daripada minuman berkafein contohnya. Ini kerana minuman soda dapat merangsang selera makan.

 

Jadi, mereka mahu orang ramai membeli lebih banyak minuman soda supaya anda membeli produk mereka lagi dan lagi.

 

5.    French fries mengandungi 19 jenis ramuan

 

 

Nak tahu kenapa kentang goreng tu berhantu sedapnya? Ada lebih kurang 19 ramuan yang digunakan dan kentang adalah sebagai bahan asas.

 

18 bahan lain termasuk lemak, additives dan penambah rasa.

 

6.    Jangan pergi awal sewaktu restoran dibuka

 

 

Memang kalau pada awal pagi orang tak ramai tetapi pada waktu ini, mereka membersihkan peralatan dapur dengan bahan kimia yang kuat dan boleh meninggalkan kesan pada peralatan dapur  yang lain.

 

7.    Lebih berkalori daripada 30 tahun lepas

 

 

Kalau dah macam-macam menu lazat yang ditawarkan, pastinya ia lebih berkalori berbanding dulu.

 

Sebagai contoh, cheeseburger mengandungi 75 peratus kalori berbanding tahun 1980-an. 20 tahun lalu, kalau french fries adalah dua kali lebih rendah berbanding sekarang dan pizza mempunyai kalori sebanyak 70 peratus.

 

Perghh, makan sekali tapi nak burn lemak tu mahu kena joging seminggu. Hehe

 

8.    Kandungan gula dalam milkshake lebih tiga kali ganda

 

 

Keperluan harian  pengambilan gula adalah sekitar 1 hingga 2 oz, sementara satu hidangan milkshake mengandungi sekitar 3 oz gula.

 

Belum lagi makanan manis yang diambil dalam satu hari tu. Cuba bayangkan berapa banyak kandungan gula yang dah anda ambil?

 

9.    Semua lebih sedap bila makan guna tangan

 

 

Tahukah anda mengapa sudu dan garpu tidak disediakan di restoran fast food? Semuanya kerana apabila seseorang itu makan menggunakan tangan, ia lebih menambah selera dan akibatnya, anda akan makan dengan lebih banyak.

 

Hm, patutlah sampai jilat-jilat jari kan?

 

10.    Mesin minuman soda tidak bersih

 

 

Mesin air di restoran fast food sukar untuk dicuci. Bayangkan berapa banyak bakteria dan kuman yang ada?

 

Persekitaran yang ‘manis’ juga membuatkan bakteria-bakteria ini menjadi lebih aktif untuk hidup di kawasan tersebut.

 

Jadi, lepas ni kalau makan di restoran fast food, dah tau la kan helah-helah  yang mereka lakukan. Sama ada ingin terus menikmatinya atau tidak, semuanya terletak di tangan anda.

 

Tepuk dada, tanya selera.