Ramai yang masih memandang enteng dengan pemilihan pakaian dalam kerana bagi mereka ia nya tersembunyi dan tidak dapat dilihat oleh orang lain. Jadi, tak hairan mengapa kebanyakan wanita lebih sanggup berhabis demi menjaga kecantikan luaran.

 

Soal dalaman pula, mungkin ramai yang lebih concern tentang ukuran dan jenis bra apa yang sesuai untuk menganjalkan dan menampung payudara dengan baik, tetapi jarang membicarakan tentang seluar dalam.

 

Hal ini adalah mungkin kerana ramai yang sudah tahu tentang pentingnya menjaga pemakaian seluar dalam dengan cara sering menukarnya dan memastikan bahawa ia nya sentiasa kering dan tidak lembab bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

 

Namun begitu, ada beberapa hal yang perlu korang ambil serius sebelum berlakunya pelbagai penyakit dan alahan yang tidak ingin dilalui.

 

Oleh itu, jom semak beberapa kesalahan yang lazimnya dilakukan wanita dalam memilih dan mengenakan seluar dalam.

 

1.    Saiz yang lebih kecil

 

 

Menurut seorang pakar pakaian dalam dan pengasas kepada White Rabbit NY Mariana Hernandez, ramai wanita cenderung untuk membeli seluar dalam yang lebih kecil daripada saiz pinggul mereka.

 

Seluar dalam yang ketat akan membuatkan lemak-lemak yang berlebihan terbonjol dan ini akan menjadikan bentuk badan tidak rata dan hodoh jika dilihat daripada pandangan luar. Perlu diingatkan juga, pemakaian seluar dalam yang ketat adalah tidak baik untuk vagina korang.

 

2.    Material yang tidak sesuai

 

 

Sebelum nak beli tu, pastikan korang rasa terlebih dahulu material yang digunakan. Bagi cuaca di Malaysia ni, eloklah kalau korang cari seluar dalam daripada kain kapas kerana ia lebih menyerap peluh.

 

3.    Memakai seluar dalam warna terang dengan pakaian jarang

 

 

Ohmai, yang ni memang sakit mata kalau tengok. Korang jangan feeling-feeling seksi kalau orang lain beritahu yang seluar dalam korang jelas kelihatan.

 

Tahu tak sebenarnya ia sangat-sangat hodoh ya. Memalukan! Cari pakaian yang sesuai dengan warna seluar dalam korang. Misalnya, kalau pilih seluar dalam yang berwarna terang, pakailah pakaian yang lebih gelap agar ia tidak jelas kelihatan.

 

4.    Hanya mempunyai satu jenis seluar dalam sahaja

 

 

Kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli seluar dalam yang sama jenis sahaja. Lebih baik jika korang mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis seluar dalam yang berlainan.

 

Pertama, pilih seluar dalam daripada material kain kapas untuk kegunaan harian. Kedua, pilih yang berukuran lebih besar sedikit kerana ia sangat berguna saat korang sedang datang bulan untuk menggunakan pad.

 

Seluar dalam ini juga sesuai untuk dipakai pada waktu tidur kerana saiz yang lebih besar dapat membuatkan vagina tidak terlalu merasa ‘sesak’.

 

5.    Pakai thong ketika di gimnasium

 

 

Ramai yang memilih untuk memakai thong ketika melakukan senaman kerana tidak mahu orang lain melihat garisan seluar dalam di sebalik legging ketat yang korang pakai.

 

Namun begitu, pemakaian thong adalah sangat ketat dan semasa korang bergerak aktif di gim, berlakunya pergeseran di antara kulit  dengan seluar dalam jenis thong tadi boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan jangkitan kuman kerana terkena peluh yang kotor .

 

6.    Salah padan seluar dalam dengan pakaian

 

 

Kalau korang memakai dress atau seluar yang ketat, pastikan pilih seluar dalam yang mempunyai potongan seperti seluar pendek. Misalnya, spanx atau control shorts.

 

Pilih yang sesuai daripada segi tekstur, fabrik dan warna seluar dalam itu terlebih dahulu. Cari yang boleh menutup penuh keseluruhan pinggul dan sekali gus ia dapat mengelakkan daripada garisan seluar dalam tersebut timbul.

 

7.    Membasuh menggunakan mesin

 

 

Air panas, mesin basuh dan detergen yang digunakan untuk mencuci seluar dalam dapat menjadikan seluar dalam korang rosak dan longgar. Sebaliknya, cuci dengan tangan adalah salah satu cara untuk membuatkan seluar dalam tahan lebih lama.

 

8.    Berkira untuk berbelanja lebih

 

 

Kalau boleh nak beli seluar dalam yang tiga Rm10. Lagi murah lagi bagus.

 

Okay, sila ubah mentaliti ini. Benar, seluar dalam tu tak ada siapa yang nampak, tapi korang kena fikir kesannya untuk kesihatan diri sendiri. Sekali-sekala berbelanja lebih sedikit la untuk keperluan penjagaan aset korang juga.

 

Beli pakaian dalam yang berkualiti dan boleh menyerap peluh dengan baik, serta tidak meninggalkan kesan merah gara-gara jahitan yang terlalu kasar.

 

Dalam kelapan-lapan kesalahan yang disenaraikan ini, cuba semak sama ada ia pernah berlaku kepada korang atau tidak. Jangan tipu la kalau satu pun tak kena kan. Hiks!