Memang benar pembedahan plastik boleh menjadikan seseorang itu lebih cantik tetapi kadang kala ia juga boleh memberi mimpi buruk buat anda.

 

Seperti yang dialami oleh seorang wanita di China, pembedahan plastik untuk membesarkan payudaranya telah gagal gara-gara dilakukan oleh doktor yang salah iaitu pakar bedah mulut.

 

Mangsa yang dikenali sebagai Li Ying telah melakukan pembedahan plastik tersebut pada tahun lepas dan selepas itu, dia mendapati bahawa cairan mula merembes keluar daripada payudara serta putingnya mulai membusuk seperti yang dilaporkan oleh Shanghaiist.

 

Bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main, wanita ini cemas lalu menghantar foto dadanya kepada doktor yang telah melakukan pembedahan tempoh hari. Doktor tersebut mengesahkan bahawa keadaannya itu adalah normal dan tidak perlu dikhuatirkan. Dia juga meminta Li Ying untuk datang semula ke hospital keesokan harinya.

 

 

Mujur, wanita itu terus memeriksa payudaranya itu di hospital lain dan doktor mengesahkan bahawa ia adalah komplikasi serius, ‘nekrosis pada payudara’. Setelah mengeluarkan semula implan, mereka mendapati bahawa payudaranya cacat dan sarafnya tidak lagi bertindak balas.

 

Li Ying seterusnya melaporkan kepada pihak berkuasa tentang hospital terbabit dan memohon agar kelayakan doktor yang melakukan pembedahan ke atasnya ditarik semula. Dia juga menjelaskan bahawa doktor tersebut adalah doktor pakar bedah mulut dan mungkin tidak memiliki lesen untuk melakukan pembedahan plastik.

 

Gambar hiasan

 

Nasib baik komplikasi yang dihadapinya tidak bertindak secara total, kerana pada tahun lepas seorang model berusia 25 tahun meninggal dunia ketika melakukan pembedahan membesarkan payudara di sebuah klinik kecantikan Shenzen.

 

Zaman sekarang kalau nak cantik memang ramai yang ambil jalan mudah, tetapi sebelum melakukan apa-apa keputusan, cubalah fikirkan komplikasi yang bakal dihadapi terlebih dahulu.

 

Jangan kerana nak cantik, ada yang terpaksa mempertaruhkan nyawa.

 

Sumber: shanghaiist.com