Setiap manusia tidak kira wanita atau lelaki pasti akan mengalami stress atau serabut tidak kira di tempat kerja, belajar mahupun melakukan sesuatu. Pelbagai cara yang telah dilakukan untuk menghilangkan stress.

 

Ada yang menyanyi, menonton filem, melakukan aktiviti lasak dan pelbagai cara lagi untuk menghilang tekanan ketika itu. Tetapi, tahukah anda terdapat cara lain lagi yang boleh menghilangkan stress terutama di kalangan wanita.

 

 

Cara ini terbukti selepas satu kajian telah dilakukan oleh Bahagian Biologi Manusia di Universiti Pensylvania beberapa tahun yang lalu. Di dalam kajian tersebut telah terbukti bahawa ketiak lelaki mampu menurunkan kadar stress yang dialami oleh kaum wanita dan sekali gus membantu mereka dalam rohani serta mengatur semula kitaran haid.

 

Di dalam Jurnal Bilogly of Reproduction America telah menyatakan bahawa ekstrak ketiak yang sengaja 'diproses' oleh lelaki yang tidak memakai sebarang pelindung atau deodoran telah digunakan sebagai ujikaji. Ia bagi mencari bukti sama ada hidung wanita mampu melawan atau menerima bauan tersebut.

 

 

Ternyata di dalam kajian tersebut telah membuktikan bahawa perempuan yang menghidu bau ketiak lelaki dapat menenangkan emosi wanita serta menurunkan kadar stress yang di alami. Kajian di lakukan dengan memberi bau ketiak tersebut kepada wanita yang berumur 25 hingga 45 tahun untuk menghidu tanpa diberi tahu bahawa bau tersebut berasal daripada ketiak lelaki.

 

Jadi, jika anda terutama golongan wanita yang mengalami stress, bolehlah cuba bau ketiak lelaki sama ada pasangan atau teman-teman. Jangan bau secara rawak pula ye. Pastikan anda tidak pengsan ketika bau!