Ramai wanita yang masih tertanya-tanya sama ada normal atau tidak jika saiz payudara mereka tidak sekata?

 

Pasti ramai yang mula cuak bila berhadapan dengan situasi ini. Relaks. Bukan korang je yang melalui fasa ni, payudara wanita boleh berubah saiz setiap bulan kerana kitaran haid yang berlaku pada ketika itu.

 

Namun, bukan itu sahaja alasannya. Ada beberapa lagi faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku, antaranya adalah seperti ketika sedang mengandung dan juga dalam tempoh menyusukan anak.

 

Menurut The List, payudara juga akan mengalami perubahan  fizikal yang tidak menentu disebabkan hormon dalam badan ketika waktu datang bulan.

 

Berikut merupakan beberapa perubahan payudara yang lazimnya korang lalui menjelang datang bulan.

 

1.    Lebih sensitif

 

 

Menurut Healthline, rasa sensitif pada bahagian payudara adalah normal kerana berlaku perubahan hormon dalam tubuh.

 

2.    Nampak lebih kecil

 

 

Keadaan ini juga normal dan sering berlaku pada waktu menstruasi. Pakar sakit puan, Dr Sara Gottfried juga berkata, keadaan ini berlaku kerana kadar estrogen dan progesterone menurun, sekali gus menyebabkan payudara sedikit kecil.

 

3.    Kelihatan lebih mantap dan montok

 

 

Menurut Ultrasound Medicine, keadaan ini berlaku ketika korang hendak datang bulan.

 

4.    Tidak simetri

 

 

Pakar bedah payudara Dr Amanda Wheeler berkata, ia adalah normal bagi kebanyakan wanita yang memiliki saiz payudara kiri lebih besar berbanding kanan.

 

Namun begitu, ianya bersifat sementara kerana ketika kandungan estrogen menurun, payudara akan menjadi kurang simetri dan tidak sekata.

 

Sumber: cari.com.my