China adalah antara negara yang mempunyai kerajaan untuk mengawal segala aspek dalam masyarakat mereka. Parti Komunis China yang mentadbir negara banyak memberikan peraturan-peraturan ketat bagi rakyat China, termasuklah beberapa peraturan yang kita anggap remeh.

 

Seperti yang terjadi baru-baru ni, China telah mengharamkan watak kartun Winnie The Pooh kerana adanya meme yang menyamakan karakter kartun tersebut dengan presiden mereka, Xi Jinping.

 

Namun begitu, terdapat lapan perkara lagi yang diharamkan di China mungkin anda tidak tahu. Nak tau apa je yang mereka haramkan tu?

 

Let’s check this out.

 

1.    Facebook

 

 

Mungkin ada yang dah tau kerajaan China telah mengharamkan penggunaan Facebook sejak tahun 2009 lagi. Ini mungkin kerana berlakunya perpecahan di antara kaum etnik minoriti Uyghur dan China Han di kawasan Xinjiang.

 

Media sosial yang digunakan hanyalah Sina Weibo dan telah dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Namun, ramai juga masyarakat China yang menggunakan virtual private networks atau VPN untuk mengakses media sosial tersebut.

 

2.    Twitter

 

 

Sama juga seperti Facebook, penggunaan Twitter juga dilarang sejak tahun 2009.

 

3.    Bunga Melati

 

 

Setelah berlakunya Revolusi Melati yang terjadi di Tunisia, penunjuk perasaan di China yang menentang pemerintah turut dijadikan inspirasi untuk  menggunakan bunga tersebut dalam demonstrasi mereka.

 

Oleh itu, kerajaan China telah mengeluarkan larangan terhadap bunga melati. Semua yang berkaitan dengan bunga tersebut adalah diharamkan termasuk lagu bertemakan melati dan puisi yang mempunyai perkataan melati.

 

Kesian Melati tak pasal-pasal dibanned. Hiks!

 

4.    Google

 

 

Search engine Google telah diblock sejak tahun 2010. Bukan hanya carian enjin, semua akses Google seperti Gmail, Google Maps, Google+, Google Drive, Google Photos juga dilarang keberadaannya.

 

5.    Avatar in 2D

 

 

Filem Avatar dalam bentuk 2D turut diharamkan kerana ingin menyelamatkan industri filem tempatan yang tergugat dengan kemasukan filem versi 2D ini. Di China, filem2D ini sangat popular dan boleh mengutip kutipan yang tinggi hanya dalam waktu dua minggu saja.

 

Adoiyai, sampai macam ni sekali eh?

 

6.    Brad  Pitt

 

 

Tak cukup dengan filem dan media sosial, selebriti Hollywood pun mereka banned ya. Pemerintah China telah melarang Brad Pitt untuk berkunjung ke China suatu ketika dahulu kerena telah menyokong kemerdekaan Tibet dengan berlakon dalam filem Seven Years in Tibet pada tahun 1997.

    

Pelik tapi benar.

 

7.    Alice in Wonderland

 

 

Sama ada buku atau filem Alice in Wonderland, semuanya dilarang tayang di China. Pemerintah negeri menyifatkan bahawa kisah ini menampilkan haiwan-haiwan yang boleh bercakap dan ia seperti meletakkan haiwan dan manusia pada tahap yang sama.

 

8.    Korea Selatan

 

 

Akibat konflik politik di antara dua negara ini, China telah mengharamkan apa saja yang berkaitan urusan bisnes mahu pun industri K-Pop dan K-Drama. China dilarang menayangkan drama-drama Korea dan banyak konsert artis Korea juga telah dibatalkan akibat pemboikotan ini.

 

Mesti ada di antara anda yang tercengang bila mengetahui tentang hal-hal pengharaman yang telah dibuat oleh China kan? Syukur Malaysia masih aman.