Pepijat atau 'Bed bug' merupakan haiwan yang sering mengganggu kita terutama ketika waktu tidur. Ia akan membuat anda berasa tak selesa serta gatal-gatal di bahagian badan.

 

Masalah pepijat sering dikaitkan dengan kebersihan, kalau tempat tidur tu bersih maka tak ada la pepijat. Tapi, tanggapan ini salah kerana sememangnya pepijat suka berada di kawasan katil, selimut atau bantal.

 

Kajian yang dilakukan oleh Journal of Medical Entomology mengesahkan bahawa pepijat gemar menyorok pada katil, sarung bantal dan selimut yang berwarna merah dan hitam.

 

 

Namun begitu, haiwan ini dilihat tidak suka menyelinap di bawah fabrik berwarna hijau, kuning dan putih.

 

Pihak pengkaji telah menghasilkan sebuah ruang persembunyian (iaitu khemah kecil) dengan menggunakan kertas pelbagai warna untuk dijadiakan sebagai bahan ujian.

 

Setiap khemah kecil dalam warna-warna tertentu diletakkan pinggan kecil serta pepijat di bahagian tengah dan selepas 10 minit lihat sama ada haiwan tersebut memilih khemah berwarna apa sebagai tempat persembunyian.   

 

 

Terbukti khemah yang berwarna merah dan hitam menjadi tumpuan pepijat berbanding warna lain.

 

Pengkaji turut menjelaskan terdapat pemboleh ubah lain yang mempengaruhi pepijat seperti jantina, umur dan tahap kelaparan pepijat itu tetapi secara konsistennya kesemua pepijat yang diguna pakai dalam kajian tersebut memilih untuk bersembunyi di khemah berwarna merah dan hitam.

 

Pergh, masalah pepijat ni memang boleh buat gaduh bro! Jangan main-main. Apa kata anda cuba untuk tidak memilih warna merah dan hitam sebagai cadar tempat tidur dan lihat bagaimana hasilnya.

 

Selamat mencuba!