Malam-malam ni, VK nak share info pasal tabiat tidur yang tak baik dan boleh mudaratkan kesihatan. Ramai antara kita yang suka pasang lampu waktu tidur atau tidur dalam keadaan bilik cerah waktu malam. Tapi yang korang tak tahu tidur begini sebenarnya boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit kanser.

Ada banyak kajian yang menyebut bahawa tidur dalam keadaan cerah ini akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin. Ia adalah salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser.

Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah. Adanya sinar atau cahaya akan menyebabkan penghasilan hormon ini terhenti.  Wanita yang tidur dalam paparan cahaya lampu pada malam hari juga patut mengubah tabiat itu kerana ia dapat meningkatkan risiko terkena kanser payudara.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/311215/malam1.jpg

Selain itu tidur dengan lampu yang menyala juga akan mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu. Kesannya, kita boleh mengalami gangguan tidur yang kemudiannya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan di samping menjejaskan metabolisme hingga membuatkan anda sukar menurunkan berat badan.

Bagi yang selalu tidur dengan lampu terpasang ini sebaiknya segera belajar tidur dalam gelap, demi kesihatan masing-masing. Begitu juga buat ibu bapa yang membiarkan anak tidur dengan tabiat ini gara-gara mengelakkan anak takut atau kerana mahu melayan gajet. Ia mungkin mendedahkan anak pada risiko penyakit kanser pada usia awal lagi.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/311215/mlm2.jpg

Apa pun perlu kita akur Tuhan itu mencipta malam dalam keadaan yang gelap ada tujuannya. Ini mungkin salah satu daripadanya.  


Sumber : Womansday, detiksihat.com
 

KOMEN
Artikel Berkaitan