SOP dan syarat lawatan
- Sesi lawatan adalah pada Isnin-Khamis.
- Sesi pagi : 9.00 pagi
- Sesi petang : 2.30 petang
- Setiap lawatan akan mengambil masa kira-kira 2-3 jam
- Jumlah yang dibenarkan untuk satu-satu sesi lawatan adalah 15-50 pax
- Bagi permohonan lawatan dari sekolah rendah, hanya pelajar tahap dua sahaja iaitu tahun 4,5 & 6 yang akan diterima atas faktor keselamatan
- Peserta harus memakai pakaian yang selesa dan kasut bertutup
Prosedur untuk memohon membuat lawatan:
Permohonan secara bertulis berserta dengan kepala surat rasmi sahaja yang akan diterima dan diproses.
Nyatakan perkara-perkara berikut di dalam surat permohonan anda:
- Tarikh cadangan lawatan.(Tarikh dan Masa)
- Jumlah pelawat serta pengiring
- Objektif lawatan
- Nombor telefon bimbit dan alamat email untuk dihubungi
Surat permohonan haruslah diemel sekurang-kurangnya Satu bulan sebelum tarikh lawatan. (Sekiranya tarikh tersebut penuh, kami akan menghubungi anda untuk cadangan tarikh yang lain)
Berikut merupakan alamat rasmi bagi permohonan lawatan:
Unit Lawatan,
Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd,
Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor
Emelkan ke alamat [email protected]
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-51017402(Pn Kesuma / En Firdaus)