Bila seseorang tu melakukan ketuk ketampi, ia sebenarnya satu pergerakan yang boleh merangsang fungsi otak, memori, dan menguatkan fokus. Kajian juga menunjukkan amalan ketuk ketampi dapat memberi keseimbangan kepada kedua-dua bahagian otak.
 
Ada kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar kanak-kanak di New Jersey mendapati, ketuk ketampi dapat membantu pesakit yang mengalami masalah berkaitan fungsi otak (antara usia 5-9 tahun) dapat membantu mereka menjadi lebih fokus, tenang, dan berupaya memperbaiki tingkah laku mereka. 
 
Bahkan di Amerika Syarikat, ketuk ketampi ni dijadikan sebagai salah satu terapi untuk merawat penyakit berkaitan otak. Senaman atau pergerakan ketuk ketampi ni juga sesuai dilakukan oleh golongan berusia dan membantu kanak-kanak yang emngalami masalah pembelajaran seperti  ADHD (hiperaktif), Dyslexia, Autisme dan lain-lain masalah berkaitan otak. 
 
Bolehlah Kak cuba pada anak Kak Kay nanti kan? Para ibu yang lain pun boleh cuba, selain untuk fokus, dapat juga mendidik anak-anak menjadi lebih berdisiplin.
 
Ikuti video ini untuk teknik ketuk ketampi yang betul:-