PELAKON, Ammar Alfian, 31, tampil menjawab persoalan umum berhubung kerjayanya, semalam.

Ammar mendedahkan jawapan sebenar kepada penonton yang bertanyakan kenapa aktor sasa itu tidak berlakon di televisyen lagi?

Jelasnya di Instagram berikutan watak dalam naskhah yang disajikan kepada khalayak ramai bersifat klise atau sama sahaja.

"Playboy, romeo, wife stealer, anak dato'... Typical malay roles in dramas for leading men right now.

"What kind of message our sending to the youth & the public? It's nearly 2019.

"Ain't there gona be a change? And u ask me why Im not on TV anymore," luah Ammar berserta tanda pagar fikir dan tidak salah lagi serta selamatkan industri.

Sementera itu, hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, rata-rata menyambut baik kenyataan yang ditulis Ammar.

Peminat Ammar menyifatkan tindakannya begitu berani kerana tampil bersuara berkaitan industri hiburan tanah air hari ini.