KEMELUT rumah tangga yang melanda Datin Elvina Mohamad terus berpanjangan dan semua gambar suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan termasuk gambar perkahwinan mereka 'lenyap' dari akaun Instagram miliknya.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat di Insta Storiesnya, Elvina menegaskan dia bukan terbawa-bawa emosi kerana sedang berpantang, apatah lagi meroyan.

Malah dia turut mencabar wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga yang baru sembilan bulan dibina, berkongsi mesej perbualan dengan suaminya di media sosial.

"Alang-alang awak dah tunjuk perbualan kita, apa kata awak tunjuk perbualan antara awak dan suami saya? Disebabkan awak nak sangat buktikan kepada semua yang awak tak buat apa-apa selain menjual insuran kepada dia.

"Dan tolonglah, jangan guna alasan itu (dia baru bersalin, sebab itu dia meroyan) pada saya, sebagai cara untuk menutup sikap tidak tahu malu awak. Jangan buat begitu...

"Kelakar bila awak cakap saya buat benda itu mencari publisiti murahan. Tidak, saya buat ini sebab nak awak tahu apa yang awak buat itu SALAH.

"Jadi, pada wanita di luar sana yang nak jadi pemusnah rumah tangga, ketahuilah ada sesuatu yang akan datang pada awak.

"Sebab semua yang awak buat ada akibatnya. Walaupun kalau awak cuba untuk lari daripada itu awak tetap dapat ditangkap," tulisnya.

 

Sebelum ini, Elvina berkongsi paparan skrin gambar seoranv wanita dan mempersoalkan mengapa wanita tersebut tergamak mengganggu rumah tangganya.

Bagaimanapun wanita yang bekerja sebagai ejen insuran itu menjelaskan hubungannya dengan Haniff hanya sebagai klien dan ejen sahaja.

Dalam pada itu, Elvina turut membidas netizen yang menilainya dan meninggalkan komen yang kurang sopan kerana merasakan mereka tidak melalui apa yang sedang dilaluinya sekarang.

"Awak semua tidak berada di tempat saya, jadi jangan mengajar saya apa yanv perlu saya lakukan. Jangan mempertikaikan tindakan saya kerana anda tak tahu apa yang saya rasa kini," ujarnya dalam posting lain.

Elvina yang kini masih dalam proses berpantang selepas melahirkan putera sulung, Karl Manteen pada 1 Disember lalu, mendirikan rumah tangga dengan Haniff pada 18 Mac 2018.