PENYANYI dan pelakon, Elly Mazlein yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-38, semalam menerima hadian sebentuk cincin daripada kekasihnya.

Namun sehingga kini, bintang Gegar Vaganza 3 (GV3) tidak memberi bayangan dan merahsiakan identiti kekasihnya itu.

Menerusi entrinya, dia sekadar menzahirkan ucapan terima kasih kepada si pemberi dan menganggap itulah sambutan hari lahir yang terbaik untuk dirinya.

Elly sekadar menulis, 'tq baby'.

Namun kapsyen Instagramnya turut menggunakan tanda pagar #MyBestBirthdayEver #PapaSefhiaMama #AkuTenggelamDalamLautanKasihSayangMu #TakMungkinAkanKuLepaskanIkatanIni.

Peminat juga membanjiri ruang komen dengan memberi ucapan hari lahir kepada Elly dan berbahagia bersama kekasi baharu.

iamshuera mendoakan Elly terus berjaya dalam kehidupan dn bertemu jodoh yang baik dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT.

Rata-rata peminat begitu teruja dan tidak sabar melihat Elly sekali lagi memakai baju pengantin.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia.