PELAKON, Diana Rafar atau Adiana Abdul Rafar, 36, tidak ambil pusing apabila didakwa segelintir netizen yang dikatakan mengabaikan tanggungjawab sebagai anak.

Bagi Diana, apa yang lebih penting adalah seorang ibu yang melahirkan anaknya lebih mengenali diri mereka.

"Tak apa mak sihat cepat ya mak... biar lah orang nak kata anak-anak mak, yang penting mak tau siapa kita.

"Kita doa ya mak semoga mereka dapat hidayah ALLAH hari jumaat yang mulia ni.

"Syukur banyak-banyak mak dah nak baik dah sakit tu. Mungkin berkat hinaan netizen caci maki diorang kat anak-anak mak buat kan mak terus sihat insya-ALLAH," katanya.

Kongsi Diana menerusi posting berlainan, berharap mak nya cepat sembuh dan kuat menempuhi cacian netizen ke atas diri dan adik beradik lain.

"Diorang boleh cakap macam-macam kita semua tak jaga mak, abaikan kan mak, diorang tak perlu tau pun kan mak.

"Yang penting kita nak mak sihat macam dulu ok mak... ALLAH ada, ALLAH tak tidur, ALLAH maha melihat.

"Mak doakan anak-anak mak ya, kuat terima ujian cacian maki netizen semua ok," luah Diana di IG.