PEMINAT pelakon popular, Fasha Sandha meminta dia dan tunangnya, Aidil untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.

Fasha Sandha, 34, melalui perkongsian di media sosial mengakui pengalaman bertunang pertama kali adalah sesuatu yang indah pernah dilaluinya.

Menurut Fasha dia dan tunang, Aidil Aziz, 31, melalui fasa tersebut dengan baik setakat ini.

Keseronokan berada di dalam fasa ini membuatkannya seperti ingin bertunang selama tiga tahun.

“Encik tunang yang selalu melayan kegilaan tunang dia ini. Sahaja nak kongsi pengalaman, memandangkan ini kali pertama I bertunang.

“Hmmm alam pertunangan ini seronok juga sebenarnya, sebab orang kata alam pertunangan ini menguji- menguji... tapi Alhamdulillah setakat ni, baik- baik sahaja...

“Kalau nak bertunang 3 tahun rasa ok ke? Sebab kawan kami ada yang bertunang 9 tahun," kongsinya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri yang sama, dia turut memuat naik video gurauannya bersama Aidil.

Rata-rata menyifatkan mereka pasangan yang secocok tetapi meminta kahwin cepat dan tidak perlu tunggu tiga tahun.

"Rasanya tak perlu tunang lama-lama kakak... Sebab masa bertunang ini macam-macam dugaan yang datang... Kalau hati kuat tak apa," tulis alyssaamri01.

"Tak payahlah bertunang sampai tiga tahun, kahwin sahaja cepat," tulis _ckyn.

"Tak payahlah lama-lama kakak @fashasandha.. makin bersemut cek tengok ampa... pasangan secocok sangat," tulis caliphsha.

"Kawan awak sembilan tahun... Awak sembilan bulan cukuplah @fashasandha . Jemyma dan Rayfal tak sabar nak adik itu," tulis sall72.

"Tak payahlah lama-lama... Kalau boleh cepat... Lagi cepat lagi bagus... Kita tunang sekejap pun dugaan macam-macam kakak," tulis qyla_gold.

"Tak payahlah bertunang lama sangat @fashasandha ... Bersemut kakak tengok pasangan ini... Semoga hubungan kekal bahagia hingga akhir hayat... Amin," tulis myakurtis.

Fasha dan Aidil bertunang dalam satu majlis yang ringkas dan meriah pada 18 November lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.