AKTRES antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh menyifatkan penampilan terbaharunya bersama pengarah filem seni mempertahankan diri yang terkenal dari Hong Kong, Yuen Woo Ping, dalam filem “Master Z: The Ip Man Legacy” sebagai pengalaman yang menyeronokkan.

Pelakon kelahiran Ipoh itu berkata, filem terakhir arahan Woo Ping yang dibintanginya ialah The Crouching Tiger: “Dragon Hidden: Sword of Destiny” dihasilkan dua tahun lepas.

"Ia berupa satu pengalaman yang hebat dapat bekerjasama semula, kami berkawan baik, jadi memang menyeronokkan dapat bekerjasama dengan Woo Ping dan semua karyanya," kata Michelle kepada pemberita selepas menonton “Master Z: The Ip Man Legacy” di sebuah pawagam di sini, hari ini.

Michelle berkata, beliau kini menumpukan perhatian kepada filem akan datang yang dibintanginya “Last Christmas” arahan Paul Feig yang bakal ditayangkan di pawagam tahun depan.

Filem tersebut juga menampilkan bintang Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding dan pelakon Games of Thrones, Emillia Clarke. - Bernama