PELAKON, Shakilla Khoriri, 29, memberitahu perubahan tubuh badannya yang kelihatan gempal gara-gara nafsu pemakanan ketika hamil.

Malah akui Killa, susuk tubuhnya yang kelihatan lebih berisi itu tiada bezanya sebelum hamil.

"Tengok... tengok betul-betul tak slim pun I masa pregnant. Sama je mesti naik badan dan kena naik badan, sebab hari makin hari, budak dalam perut tu makin besar and kerap lapar.

"Lapar yang bukan main-main umpama seminggu tak makan. Seriously ! Siapa mommys. Betul tak?," katanya di Instagram.

Isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, yang berjaya melepaskan hajat melakukan aktiviti senaman di Felda Lurah, Bukit Larut, Bentong, Pahang, baru-baru ini, berkata, layankan sahaja nafsu ketika hamil dan mulakan diet secara berdisiplin apabila fasa berpantang.

"So kalau you tengah pregnant you makan je lah babe. Lepas bersalin you pantang sebulan and start diet.

"Anyway masa tengah pregnant ni buat aktiviti pun still dia akan kelihatan gebu badan tu," ujarnya lagi.

Di ruang komen, rata-rata memuji sikap Killa yang gigih bersenam meski sedang hamil.pada trimester ketiga.

Tidak kurang juga peminat yang begitu bimbang dengan keselamatan kandungannya kerana Killa sangat aktif sampaikan mampu berjogging lagi.