PELAKON, Jehan Miskin, 38, berdepan detik cemas apabila telefon bimbitnya terbakar ketika dicas semalaman.

Menurut Jehan, dalam kejadian tersebut dia dan isteri sedang tidur.

"Seperti mana kebanyakan anda, saya cas telefon semalaman tepi katil. Mujurlah isteri terbangkit terhidu dan terdengar bunyi kebakaran tu lantas mencabut cable telefon.

"Tiada lagi cas telefon semalaman, takkan!," tulisnya di IG.

Dalam pada itu Jehan sempat berseloroh menerusi posting yang dimuatnaik dengan tanda pagar berbunyi "nasib baik rambut tak terbakar," coretnya.