Walaupun jarang-jarang muncul di kaca televisyen,  namun jadual hariannya sentiasa penuh.  Seleberiti yang dimaksudkan adalah Jaafar Onn,  selain sibuk sebagai duta produk berkaitan makanan beliau juga bergerak ke seluruh pelusuk negara  untuk mengadakan demo masakan.

“Saya seronok dengan kerjaya sekarang kerana saya memang suka memasak dan produk yang promosikan berkaitan dengan dunia masakan. Kedua-duanya boleh berjalan serentak dan masa yang sama  saya dapat turun padang mendekati peminat di seluruh pelusuk negara,” ujar Jaafar ramah.

Jaafar bukan hanya suka memasak tetapi dia juga sering menjamu rakan-rakan dengan masakan yang dimasak. Tradisi ini telah diamalkan sejak awal pembabitan beliau dalam industri seni. Walaupun pelbagai masakan yang disajikan tetapi menu Asam Pedas, Laksa Johor dan Nasi Briyani sering menjadi permintaan di kalagan rakan-rakan.

“Bukan hanya rakan-rakan, malah sesiapa juga yang datang ke rumah, pasti akan saya jamu dengan masakan air tangan sendiri. Tradisi ini memang saya amalkan sejak muda lagi hinggalah sekarang kerana Jaafar Onn tidak dapat dipisahkan dengan memasak,” ujar Jaafar sambil melawak.

Berikut Jaafar titipkan tiga resipi yang boleh sebagai hidangan berbuka puasa.

ASAM PEDAS IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ikan merah |  bersihkan dan tos
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 4 sudu makan bawang besar kisar
  • 1 sudu besar bawang  putih kisar
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 inci belacan
  • 1 kiub pati ikan bilis
  •  Air asam jawa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan Sayur:

  • 2 biji  bawang besar | belah empat
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 3 helai daun limau purut

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak , kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, kacau lagi.
  3. Setelah mendidih masukkan ikan diikuti dengan sedikit  air.
  4. Biarkan mendidih atas api sederhana lebih kurang lima ke 10 minit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, tomato dan daun limau purut.
  7. Asam Pedas Ikan Merah sedia dihidangkan.

NASI SERUNDING AHMAD ALBAB

BAHAN-BAHAN:

  • 6 mug beras basmati Jasmine
  • 7 mug  air
  • 1 mug  susu cair
  • 4 biji bawang besar |  dimayang halus
  • 6 ulasbawang putih  | dimayang halus
  • 2cm halia | dikisar
  • 1/2 cawan rempah Sabli’s
  • 1 1/2 cawan serunding daging
  • 1 cawan kancang goreng tumbuk
  • 1 cawan kismis
  • 5 kiub pati ayam
  • 3 helai daun pandan

Bahan Hirisan:

  • 1 kuntum bunga kantan | mayang halus
  • Daun sup | mayang halus
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun pandan.
  2. Bila wangi masukkan  bawang  besar dan bawang putih serta halia kisar hingga kekuningan.
  3. Masukkan beras, kamudian gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan air, susu  cair, kiub pati ayam dan garam secukupnya.
  5. Gaul rata, kemudian pindangkan nasi dalam periuk elektrik dan masak.
  6. Bila nasi separuh masak, masukkan kismis dan serunding, gaul rata dan tutup semula.
  7. Biarkan nasi masa lebih kurang 10 minit lagi.
  8. Setelah masak, masukkan nasi dalam mangkuk nasi, hias dengan hirisan daun sup dan bunga kantan.
  9. Hidangkan dengan asam pedas.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.680361.1495704256!/image/image.jpg

ASAM PEDAS AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong kecil, bersih dan tos
  • 20 tangkai cili kering | rebus dan kisar
  • 20 ulas bawang  bawang merah  | kisar
  • 5 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia | kisar
  • 1 inci belacan | kisar
  • 3 batang serai | kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 2 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak Jagung secukupnya untuk menumis | boleh juga guna minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar ( bawang merah, bawang putih, halia dan serai) hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan ayam, kacau hingga air ayam kering masukkan air asam jawa.
  4. Persakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Kecilkan api dan kacau sekali sekala hingga kuah kering serta timbul minyak.
  6. Angkat dan hidangkan.